Latar Belakang

Tujuan AAN

Konsep AAN

Syarat & Peraturan

Borang Permohonan

 
L A T A R    B E L A K A N G

Kecemerlangan akademik pensyarah IPT dalam pelbagai bidang di negara ini telah dibuktikan melalui pelbagai pengiktirafan yang telah diterima di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antara contoh pengiktirafan termasuk ISESCO Literacy Prize, Carlos J. Finlay Prize for Microbiology (UNESCO), Young Scientist UNESCO, King Faisal Award (Saudi Arabia), Anugerah International Khwarizmi (Iran), Doctoral Fellow PHP (Institute Asia, Tokyo), Prince Sultan bin Abdul Aziz International Water Award (Arab Saudi), World Intellectual Property Organization (WIPO) Awards, Geneva International Exhibitions of Inventions New Techniques and Products, Inovasi, Reka Bentuk Industri dan Teknologi (I-TEX), dan World Exhibition of Innovation, Research and New Technologies (Belgium).

Pelbagai pertubuhan, persatuan dan Kementerian juga turut mengiktiraf kecemerlangan pensyarah kita. Contoh pengiktirafan termasuk Yayasan Sains Toray Malaysia, Anugerah Inovasi Negara, Langkawi Award, Anugerah Sastera Negara, Anugerah Tokoh Maal Hijrah, Anugerah Harta Intelek Negara, Anugerah Seniman Negara dan Anugerah Medal Emas Penyelidikan (MPOB).

Pensyarah kita juga telah banyak menaikkan nama negara dengan menerbitkan hasil penyelidikan mereka dalam jurnal yang mempunyai faktor impak yang tinggi, menerbitkan karya asal dalam bentuk buku yang bernilai tinggi, menghasilkan karya seni dan kreativiti terbaik, mengkomersialkan produk penyelidikan dan menjadi pengajar cemerlang.

Anjuran :
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia