Latar Belakang

Tujuan AAN

Konsep AAN

Syarat & Peraturan

Borang Permohonan

S Y A R A T   &   P E R A T U R A N   U M U M

  1. Pemohon AAN terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

  2. AAN (kecuali bagi Anugerah Tokoh Akademik Negara) terbuka kepada semua pensyarah yang berkhidmat sepenuh masa sepanjang tahun atau sebahagian daripada tahun yang dinilai di Universiti dan Kolej Universiti awam serta swasta tempatan.

  3. Bagi kategori Anugerah Tokoh Akademik Negara, sumbangan kumulatif calon berdasarkan anugerah dan pengiktirafan yang diterima sepanjang dan selepas kerjaya akademik akan diambil kira.

  4. Bagi semua kategori lain, kecuali Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk dan Anugerah Pengajaran, hanya calon yang telah menerima anugerah atau pengiktirafan pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2007 layak dipertimbangkan.

  5. Bagi Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk, hanya produk yang telah dikomersialkan dan mendapat pulangan daripada jualan layak untuk dipertimbangkan.

  6. Pemohonan / pencalonan hendaklah menggunakan borang rasmi yang dimuat turun dari laman web http://www.mohe.gov.my/AAN2007. Permohonan / pencalonan hendaklah diperakukan oleh Naib Canselor/Rektor/Presiden / Ketua Eksekutif atau wakil yang diperturunkan kuasa. Setiap permohonan/pencalonan perlu menggunakan borang berasingan. Bagi Naib Canselor/Rektor/Presiden/Ketua Eksekutif perakuan hendaklah diberi oleh Pengerusi Lembaga atau ahli Lembaga Pengarah Universiti.

  7. Semua borang permohonan/pencalonan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sah dan lengkap. Permohonan/pencalonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

  8. Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Jun 2008. Permohonan perlu sampai kepada:

    Ketua Pengarah
    Jabatan Pengajian Tinggi
    Kementerian Pengajian Tinggi
    Aras 3, Blok E9, Parcel E, Presint 1
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62505 PUTRAJAYA
    (UP: Urus Setia Anugerah Akademik Negara 2007)

    sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tersebut.

    Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan.

  9. Anugerah bagi sesuatu kategori tidak akan diberi sekiranya tiada calon yang layak pada tahun yang dinilai.

  10. Ahli Jawatankuasa Pemilih yang menjadi calon dalam sesuatu kategori tidak boleh terlibat dalam proses penilaian bagi kategori tersebut pada tahun yang dinilai.

  11. Keputusan panel AAN adalah muktamad.

Anjuran :
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia