L A T A R B E L
A K A N G
Kecemerlangan
akademik pensyarah IPT dalam pelbagai bidang di negara ini telah
dibuktikan melalui pelbagai pengiktirafan yang telah diterima di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antara contoh
pengiktirafan termasuk ISESCO Literacy Prize, Carlos J. Finlay
Prize for Microbiology (UNESCO), Young Scientist UNESCO, King
Faisal Award (Saudi Arabia), Anugerah International Khwarizmi
(Iran), Doctoral Fellow PHP (Institute Asia, Tokyo), Prince
Sultan bin Abdul Aziz International Water Award (Arab Saudi),
World Intellectual Property Organization (WIPO) Awards, Geneva
International Exhibitions of Inventions New Techniques and
Products, Inovasi, Reka Bentuk Industri dan Teknologi (I-TEX),
dan World Exhibition of Innovation, Research and New
Technologies (Belgium).
Pelbagai
pertubuhan, persatuan dan Kementerian juga turut mengiktiraf
kecemerlangan pensyarah kita. Contoh pengiktirafan termasuk
Yayasan Sains Toray Malaysia, Anugerah Inovasi Negara, Langkawi
Award, Anugerah Sastera Negara, Anugerah Tokoh Maal Hijrah,
Anugerah Harta Intelek Negara, Anugerah Seniman Negara dan
Anugerah Medal Emas Penyelidikan (MPOB).
Pensyarah kita
juga telah banyak menaikkan nama negara dengan menerbitkan hasil
penyelidikan mereka dalam jurnal yang mempunyai faktor impak
yang tinggi, menerbitkan karya asal dalam bentuk buku yang
bernilai tinggi, menghasilkan karya seni dan kreativiti terbaik,
mengkomersialkan produk penyelidikan dan menjadi pengajar
cemerlang.