• Utama
  • Anugerah Pemikiran dan Reka Bentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia 2017

Anugerah Pemikiran dan Reka Bentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia 2017

PENGENALAN

Peredaran zaman termasuk Revolusi Industri ke-4 menuntut pemikiran dan reka bentuk semula pengajian tinggi terutamanya dalam cara kita mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Hakikatnya kita sedang berdepan dengan Generasi Z yang mempunyai keutamaan dan cara belajar yang berbeza. Justeru, semua institusi pengajian tinggi wajar melihat semula penawaran program masing-masing agar lebih relevan dengan cabaran-cabaran baru yang muncul dalam menyediakan graduan yang mampu berfungsi dalam dunia akan datang. Lebih penting, terdapat keperluan mendesak untuk memikir dan mereka bentuk semula pengajaran dan pembelajaran yang akan dapat menarik minat Gen-Z melalui pembelajaran kendiri yang aktif, imersif dan bermakna. 

Bagi menyemarakkan dan berkongsi amalan terbaik pemikiran dan rekabentuk semula pendidikan Tinggi Malaysia, KPT akan mewujudkan Anugerah Pemikiran Dan Reka Bentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia 2017 atau Reimagining And Redesigning Malaysian Higher Education Award 2017. Anugerah ini bertujuan untuk mengenalpasti, memberi pengiktirafan serta berkongsi amalan terbaik projek-projek serta inisiatif yang telah dilaksanakan samada di peringkat institusi atau individu dalam TIGA kategori berikut:

  1. Kurikulum Program Pengajian Inovatif
  2. Anugerah ini bertujuan mengenal pasti program-program pendidikan tinggi (di semua peringkat) yang telah dirombak dan dijenamakan semula secara inovatif sehingga berjaya menghasilkan kumpulan graduan yang mempunyai kebolehpasaran dan daya saing yang tinggi.

  3. Pengajaran Transformatif
  4. Anugerah ini terbahagi kepada 2 sub-kategori iaitu:
    1.  Pengajaran Transformatif Tanpa Syarahan
    2.  Pengajaran Transformatif Syarahan Secara Interaktif

  5. Pengalaman Pembelajaran Imersif
  6. Anugerah ini terbahagi kepada 3 sub-kategori iaitu:
    1.  Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya
    2.  Pengalaman Pembelajaran Imersif Teradun (Blended)
    3.  Pengalaman Pembelajaran Imersif Bersemuka

SYARAT UMUM

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di dalam negara.
  2. Penyertaan untuk kategori Kurikulum Program Inovatif adalah secara institusi manakala penyertaan Pengajaran Transformatif dan Pengalaman Pembelajaran Imersif secara individu atau berkumpulan.
  3. Penyertaan kategori individu atau berkumpulan terbuka kepada semua ahli akademik yang berkhidmat di IPT Malaysia.
  4. Pemohon kategori individu dan berkumpulan mesti berkhidmat secara tetap di institusi atau kontrak / sepenuh masa.
  5. Sekiranya tiada pemohon yang layak bagi sesuatu kategori, maka anugerah bagi kategori tersebut tidak akan diberikan.   
  6. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu, Kementerian Pendidikan Tinggi berhak untuk menarik balik anugerah yang telah diberikan. 
  7. Keputusan Jawatankuasa Induk adalah muktamad.

PERATURAN DAN TATACARA PERMOHONAN

  1. Permohonan hendaklah menggunakan borang rasmi yang terkini yang boleh dimuat turun dari laman web http://www.mohe.gov.my.
  2. Permohonan hendaklah diperakukan oleh Naib Canselor atau yang setaraf*. Sekiranya borang permohonan ditandatangani oleh wakil/pemangkunya, surat penurunan kuasa daripada Naib Canselor atau yang setaraf* perlu disertakan.
  3. Semua borang permohonan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sahih dan lengkap.
  4. Ahli Jawatankuasa Pemilih APRS tidak boleh memohon.
  5. Tarikh tutup permohonan ialah pada 13 Oktober 2017. Semua permohonan perlu sampai sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan.
  6. Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut:
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62200 PUTRAJAYA
(U.P: Urus Setia Anugerah Pemikiran dan Reka Bentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia 2017) 


*Rektor/Presiden/Ketua Eksekutif

Muat turun borang dan syarat permohonan bagi setiap kategori:

  1. folder Kurikulum Program Pengajian Inovatif
  2. folder Pengajaran Transformatif
  3. folder Pengalaman Pembelajaran Imersif
2017 10 13 Poster APRS 2017  

Cetak Emel