Iklan Kekosongan Jawatan di Education Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ingin mempelawa calon-calon daripada Warganegara Malaysia yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan/ Perkhidmatan Awam Negeri/ Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Education Malaysia (EM), KPT seperti berikut:

Bil.Jawatan
1 Pengarah Gred 52/54 (Terbuka) di EM Washington
2 Pengarah Gred 48 (Terbuka) di EM Ho Chi Minh City
3 Pegawai Gred 48 (Terbuka) di EM Indonesia
4 Atase Pendidikan Gred 41/44 (Terbuka)
  • EM London
  • EM Australia
  • EM Mesir
  • EM Washington
  • EM Chicago
  • EM Jordan
  • EM New Zealand
5 Atase Pendidikan (Agama) Gred 41/44 (Terbuka)
  • EM Australia
  • EM Washington
  • EM Mesir

Berikut adalah syarat-syarat umum permohonan:

  1. pegawai terdiri daripada warganegara Malaysia;
  2. pegawai telah dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;
  3. mempunyai prestasi kerja di tahap 85% dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga tahun berturut-turut (Tahun 2013, 2014 dan 2015);
  4. mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas yang dipohon;
  5. bebas daripada sebarang tindakan tatatertib; dan
  6. pegawai dan ahli keluarga (jika berkaitan) mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan.

Berikut adalah syarat-syarat utama:

  1. Pengarah/ Pegawai Gred 52/54 (Terbuka)
    1. terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 47/48 hingga 53/54 atau setaraf;
  2. Pengarah/ Pegawai Gred 48 (Terbuka)
    1. terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 43/44 hingga Gred 47/48 atau setaraf;
  3. Atase Pendidikan Gred 41/44 (Terbuka)
    1. terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 41/44 atau setaraf;
  4. Atase Pendidikan Agama Gred 41/44 (Terbuka)
    1. terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 41/44 atau setaraf; dan
    2. pegawai mempunyai pengetahuan, pengalaman dan sumbangan dalam bidang berkaitan bimbingan agama islam
  5. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) apabila dipinjamkan ke gred yang lebih tinggi hendaklah telah berkhidmat di gred jawatan hakiki tidak kurang daripada lima (5) tahun kecuali:
    1. memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Doktor Falsafah, tidak kurang daripada dua (2) tahun; atau
    2. memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Sarjana, tidak kurang daripada tiga (3) tahun;
  6. mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan Kerajaan dan baki perkhidmatan sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum mencapai tarikh persaraan wajib;
  7. mempunyai pengalaman dalm tugas pentadbiran, pengurusan kewangan, pengurusan aset, promosi dan pemasaran serta jaringan kolaborasi antarabangsa;
  8. mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris dengan kelulusan IELTS sekurang-kurangnya band 6.5 (salinan keputusan IELTS perlu dikemukakan sebagai prasyarat sekiranya ditawarkan jawatan); dan
  9. penguasaan bahasa rasmi negara yang dipohon adalah satu kelebihan.

Keutamaan diberi kepada pemohon-pemohon berikut:

  1. mempunyai perwatakan dan peribadi yang sesuai sebagai seorang Pegawai Perwakilan Luar Negeri, berdikari dan boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum;
  2. mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang jenis kerja yang perlu dilaksanakan seperti pengurusan dan pentadbiran pejabat, hal ehwal pelajar, pengurusan kewangan, akaun, tugas promosi dan pemasaran serta jaringan kolaborasi antarabangsa; dan
  3. berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris serta bahasa rasmi negara yang dipohon.

Cara Memohon:

  1. semua permohonan hendaklah menggunakan pdf Borang Permohonan KPT.S.500-8/2/6 Jld.6 [pindaan 2014] (229 KB) yang boleh dimuat turun melalui laman web Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu www.mohe.gov.my;
  2. permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan seperti berikut:
    1. senarai tugas pegawai terkini;
    2. satu (1) salinan maklumat peribadi (resume) yang terkini beserta pengalaman perkhidmatan mengikut susunan tarikh daripada yang terkini;
    3. satu (1) salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang berkaitan yang disahkan;
    4. satu (1) salinan Laporan Pengisytiharan Harta yang disahkan oleh Ketua Jabatan;
    5. satu (1) salinan Buku Rekod Perkhidmatan yang lengkap (bermula perkhidmatan sehingga yang terkini); dan
    6. Satu (1) salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (Tahun 2013, 2014 dan 2015).
  3. semua permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen-dokumen yang diperlukan dan hendaklah disokong dan dikemukakan melalui Ketua Jabatan (covering letter) kepada:
    Ketua Setiausaha
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
    Aras 15, No. 2, Menara 2
    Jalan P5/6, Presint 5
    62200 W.P. PUTRAJAYA
    (u.p: Urusan Pengambilan EM)

Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 21 Disember 2016 (Rabu). Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

Temu duga
Hanya calon yang layak dan disenaraikan pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu duga. Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang panggilan ke temu duga dalam tempoh setahun (1) daripada tarikh tutup permohonan.

Pertanyaan
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pihak Urus Setia melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berkenaan perkara ini amat dihargai dan didahulukan ucapan terima kasih.

Muat turun:
pdf Iklan Kekosongan Jawatan Di Education Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi (928 KB)
pdf Borang Permohonan Pengisian Jawatan di Education Malaysia KPT.S.500-8/2/6 Jld.6 [pindaan 2014] (229 KB)

Print Email