UA Categories

Sistem pengajian tinggi dibentuk untuk memastikan bahawa universiti awam (UA) berupaya dalam usaha membina reputasi dengan keupayaan yang dinamik, berdaya saing selain mampu meramalkan cabaran masa hadapan dan bersedia untuk bertindak secara berkesan seiring dengan perkembangan global. Usaha meningkatkan keupayaan UA akan terus dilakukan untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya dengan lebih cekap, telus dan berkesan ke arah mewujudkan sistem pengajian tinggi yang cemerlang.

Selaras dengan matlamat tersebut, UA di Malaysia dikategorikan kepada tiga (3) kumpulan, iaitu universiti penyelidikan, universiti berfokus (teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan) dan universiti komprehensif. Sehingga kini, terdapat 20 buah UA di negara ini yang terdiri daripada lima (5) universiti penyelidikan, empat (4) universiti komprehensif dan 11 universiti berfokus.

Universiti penyelidikan memberikan tumpuan kepada bidang penyelidikan, sementara universiti berfokus memberikan tumpuan kepada bidang khusus berkaitan dengan penubuhannya, manakala universiti komprehensif pula menawarkan pelbagai kursus dan bidang pengajian.

 

Kategori

 

 
Ciri-ciri
Universiti Penyelidikan
• Bidang pengajian berfokuskan penyelidikan
• Kemasukan yang kompetitif
• Pensyarah berkualiti
• Nisbah siswazah dengan pascasiswazah 50:50
Universiti Komprehensif
• Pelbagai bidang pengajian
• Kemasukan yang kompetitif
• Pensyarah berkualiti
• Nisbah siswazah dengan pascasiswazah 70:30
Universiti Berfokus
• Bidang pengajian berfokuskan penyelidikan
• Kemasukan yang kompetitif
• Pensyarah berkualiti
• Nisbah siswazah dengan pascasiswazah 50:50

Print Email