• Home
  • Latest
  • Pengumuman
  • Senarai Nama Peminjam Gagal Bayar Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)

Senarai Nama Peminjam Gagal Bayar Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)

Dimaklumkan bahawa senarai yang dilampirkan ini merupakan Senarai Nama Peminjam Gagal Bayar Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) KPM (PT) yang mengikuti sesi pengajian tahun 1988 sehingga 2012 peringkat sijil di Politeknik dan Kolej Komuniti.

Sehubungan itu, dipohon kepada penama yang dilampirkan untuk menghubungi Bahagian Biasiswa & Pembiayaan, KPM (PT) dengan kadar segera bagi tujuan pembayaran balik TPP melalui maklumat perhubungan seperti berikut:

Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)
Aras 2, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 PUTRAJAYA.
(u.p.: Unit Penguatkuasaan & Kutipan Balik)

Talian hotline: 03-8888 6787
Faks: 03-8870 6839
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 
Facebook : https://www.facebook.com/pembayaranbaliktppkpt

Sekiranya terdapat kesilapan maklumat pada senarai tersebut, dipohon untuk menghubungi KPM (PT) melalui maklumat perhubungan seperti di atas bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.

Maklumat lanjut berhubung kaedah bayaran dan semakan penyata boleh disemak melalui pautan berikut:

https://biasiswa.moe.gov.my

Sekian untuk perhatian semua.
Terima kasih.

Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)

"Jiwa (roh) seseorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hingga hutangnya dilunasi".

Hadis Riwayat: At –Tarmidzi, Ibn Majah, dan Al-Baihaqi

Senarai Peminjam Gagal Bayar Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP)

Print Email