Kaedah / Saluran Bayaran Balik

Article Index

1. Tunai di Kaunter

  1. Kaunter Bahagian Biasiswa KPT, Presint 5 Putrajaya
    1. Bayaran secara tunai boleh dibuat di kaunter Bahagian Biasiswa dengan melengkapkan maklumat peminjam di borang bayaran yang disediakan di kaunter.
    2. Kaunter hanya dibuka pada hari bekerja Isnin-Khamis (9.00 pagi - 1.00 petang dan 2.00 petang - 4.30 petang) dan Jumaat (9.00 pagi - 12.15 tengah hari dan 2.45 petang - 4.30 petang.)
    3. Sila pastikan peminjam membawa wang secukupnya untuk memudahkan urusan pembayaran dan sila semak resit bayaran sebelum meninggalkan kaunter.

  2. Kaunter PTPTN (Termasuk Cawangan-Cawangan Negeri)
    1. Bayaran secara tunai boleh dibuat di kaunter PTPTN dengan melengkapkan maklumat peminjam di borang bayaran yang disediakan di kaunter.
    2. Tiada caj perkhidmatan dikenakan di kaunter PTPTN pada setiap kali bayaran dibuat.
    3. Para peminjam TPP hanya perlu melengkapkan borang bayaran yang disediakan di setiap cawangan PTPTN dan mengemukakan bayaran yang dikehendaki. Transaksi bayaran balik dianggap berjaya setelah resit PTPTN diterima. 
    4. Maklumat mengenai senarai PTPTN Cawangan Negeri serta waktu operasi boleh diperolehi di Portal Rasmi PTPTN seperti berikut :-http://www.ptptn.gov.my/web/guest/cawangan

  3. Kaunter POS MALAYSIA
    1. Peminjam perlu memastikan bahawa maklumat pembayaran adalah betul sebelum meninggalkan kaunter Pos Malaysia.
    2. Berikut adalah maklumat yang perlu diisi dalam borang Pos Akaun 39 (lihat contoh) :
    3. a. Diterima Daripada : {Nama Peminjam & No K/p}
      b. Penerima : {Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi}
      c. Alamat : {Alamat Peminjam}
      d. Perkara : {Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran KPT}
      e. Amaun : {Amaun}
    4. Sila pastikan pada ruang 'PERKARA' dicetak BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN KPT dan rujuk kepada staf Pos Malaysia berkenaan sekiranya cetakan berkomputer berkenaan berbeza dengan borang yang dilengkapkan.
    5. Di sebabkan dalam ruang dalam slip (Pos Akaun 39) tersebut tidak mencukupi, peminjam perlu menambah/mencatit sendiri maklumat tambahan seperti no. kad pengenalan, penerima bayaran dan nombor telefon. Maklumat tersebut adalah penting untuk melancarkan proses bayaran balik.
    6. Setiap transaksi akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM 1.70 sen.
    7. Sila simpan salinan pendua Borang Slip (Pos Akaun 39) yang mana akan dikembalikan oleh pihak pejabat pos sebagai bukti pembayaran.

Print Email