Kaedah / Saluran Bayaran Balik

Article Index

4. Dokumen Bayaran (Wang Pos/Kiriman Wang/ Draf Bank / Cek)

  1. Sila pastikan nama peminjam dan nombor kad pengenalan peminjam dituliskan di belakang kiriman wang/ wang pos/ bank draf atau cek setiap kali membuat bayaran. Ketiadaan maklumat tersebut menyukarkan Bahagian Biasiswa untuk mengenal pasti identiti pembayar.

  2. Sila pastikan hanya nama peminjam dan nombor kad pengenalan peminjam ditulis dan bukannya nama pembayar (sekiranya pembayar adalah selain peminjam.) Tempoh sah  kiriman wang/ wang pos/ bank draf atau cek adalah 3 bulan dari tarikh bayaran tersebut dibuat.

  3. KPT akan memulangkan semula kiriman wang/ wang pos/ bank draf atau cek tersebut kepada peminjam sekiranya telah melebihi tarikh luput untuk ditunaikan. Peminjam perlu mengepos kiriman wang/ wang pos/ bank draf atau cek yang baru kepada KPT.

  4. Bayaran hendaklah dibuat atas nama "KETUA AKAUNTAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA" dan dialamatkan ke:

  5. Setiausaha Bahagian
    Bahagian Biasiswa
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    Aras 2, No. 2, Menara 2, 
    Jalan P5/6, Presint 5
    62200 W.P. Putrajaya
    (u.p.: Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik)

  6. Cek persendirian tidak diterima oleh KPT. Anda juga dinasihatkan untuk memastikan bahawa cek yang dikeluarkan adalah mengikut standard semasa di bawah Sistem Pemangkasan dan Penukaran Cek (CTCS) Bank Negara Malaysia.

  7. Bagi bayaran melalui cek, resit rasmi hanya dianggap sah selepas cek ditunaikan oleh pihak bank.

Print Email