Kaedah / Saluran Bayaran Balik

Article Index

7. Bayaran Secara Online

  1. BANK ISLAM (BIMB) Internet Banking
    1. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, peminjam perlu membuka akaun perbankan internet BIMB di www.bankislam.com.my
    2. Seterusnya ikuti langkah di bawah:
      • Layari www.bankislam.com.my
      • Klik logo “Internet Banking Login” dan tekan butang “ok” pada “Security Alerts”
      • Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank Islam.
      • Pilih “Bill Presentment” pada bahagian “Bill Payment”.
      • Pilih Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (MOHE) pada bahagian senarai ‘Payee’
      • Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang Kad Pengenalan dan klik “next”
      • Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil (MOHE) yang hendak di bayar dan klik “pay”
      • Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “source account” yang hendak di debitkan and sahkan jumlah amaun yang hendak di bayar dan klik “pay”
      • Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan..
      • Klik "Confirm" untuk menuruskan pembayaran atau sebaliknya.
      • Skrin berikutnya akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan.
    3. Sila cetak dan simpan transaksi bayaran sebagai bukti pembayaran dan rujukan.

  2. POS ONLINE
    1. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, peminjam perlu mendaftar di www.posonline.com.my
    2. Selepas berjaya log in, hanya ikuti langkah di bawah:
      • Klik "Open Payment".
      • Pilih "Corporation Name" - Kementerian Pengajian Tinggi KPT dari senarai
      • Klik Next
      • Pilih Payment Type-KPT-Bayaran Balik Pinjaman dari senarai.
      • Masukkan maklumat yang diperlukan..
      • Klik Add to Bill folder
      • Klik Proceed to Checkout
      • Pilih payment channels
      • Ikuti arahan selanjutnya dari saluran yang telah dipilih hingga selesai.
    3. Sila cetak dan simpan transaksi bayaran sebagai bukti pembayaran dan rujukan.

  3. CIMB CLICKS
      Manual Pengguna:
      • Log masuk di www.cimbclicks.com.my
      • Klik pilihan Bill Payment
      • Pilih via Deposit Account
      • Pilih Government Agencies dalam senarai Full Payee List
      • Pilih Kementerian Pengajian Tinggi dalam senarai berikutnya
      • Masukkan maklumat peminjam ie. Nama Pelajar, No KP Baru/Lama, No. telefon Bimbit dan Amaun Bayaran
      • Tekan butang Submit
      • Klik OK pada tetingkap yang keluar untuk meneruskan langkah yang berikutnya
      • Klik butang Proceed to Payment setelah menyemak dan mengesahkan maklumat bayaran
      • Dapatkan nombor TAC (ie SMS TAC, Mobile TAC, Device TAC)
      • Isikan nombor TAC pada ruangan Transaction Authorization Code dan klik butang Confirm
      • Status bayaran yang berjaya akan dipaparkan.
      • Sila cetak dan simpan transaksi bayaran sebagai bukti pembayaran dan rujukan.

  4. FPX PERBANKAN INTERNET DENGAN CIMB, MAYBANK, RHB BANK, PUBLIC BANK & HONG LEONG BANK)
    1. Sistem ini menyediakan perkhidmatan Semakan Penyata dan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran (FPX) bagi semua program di bawah tajaan KPT. Financial Process Exchange(FPX) adalah kaedah pembayaran secara online yang diperkenalkan oleh Bahagian Biasiswa, KPT bagi mempermudahkan urusan pembayaran balik pinjaman pelajaran/tuntutan gantirugi oleh pemegang akaun perbankan internet bank-bank yang terlibat. Sistem ini boleh diakses di https://biasiswa.mohe.gov.my/sila_fpx/
    2. Peringatan:- 
    Pembayaran yang dibuat secara tunai / wang pos / kiriman wang / bank draf / cek sahaja yang akan dikeluarkan resit sebagai bukti pembayaran. Manakala bagi bayaran yang dibuat melalui perbankan Internet / kaunter Pejabat Pos memadai dengan slip urus niaga sebagai bukti pembayaran.

Print Email