• Home
  • Staff
  • Maklumat CIO Agensi KPT

Maklumat CIO Agensi KPT

PENGENALAN

Surat Arahan Ketua Setiausaha Negara bertarikh 22 Mac 2000: Penamaan Ketua Pegawai Maklumat Sektor Awam menyatakan bahawa “agensi Sektor Awam perlu menamakan seorang Ketua Pegawai Maklumat (CIO) di kalangan pengurusan atasan”.

Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) Bil. 1/2009 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 18 Mac 2009 telah menetapkan bahawa “MAMPU bertindak sebagai Pejabat CIO Sektor Awam dan menyediakan bidang rujukan CIO Sektor Awam”.

Nota: CIO – Chief Information Officer / Ketua Pegawai Maklumat

PERANAN UTAMA CIO

  1. Peneraju Perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik ICT (ISP) Agensi dengan Keperluan ISP Kementerian/Negeri, Pelan Pembangunan Nasional, Pelan Strategik Agensi dan ISP Sektor Awam.

  2. Melaksana Penggunaan Dasar, Standard dan Amalan Terbaik ICT.

  3. Menerima pakai dan Melaksanakan Penggunaan IT dalam Sistem Penyampaian Perkhidmatan Whole-of-Government.

  4. Melaksana Inovasi melalui Aplikasi, Infrastruktur dan Keselamatan ICT.

BUKU PANDUAN KETUA PEGAWAI MAKLUMAT CIO SEKTOR AWAM

Buku panduan ini bertujuan untuk membantu CIO di sektor awam memahami peranan dan tanggungjawab sebagai pelaksana, penyelaras dan peneraju perubahan. Buku panduan ini meliputi urus tadbir CIO dan toolkit dalam bidang Pengurusan Maklumat, Dasar ICT dan Perundangan. Kandungan panduan ini hendaklah difahami oleh semua CIO dan seterusnya dimanfaatkan dalam melaksanakan peranan di agensi masing-masing.

Muat turun :  pdf Buku Panduan Ketua Pegawai Maklumat CIO Sektor Awam (6.98 MB)

SENARAI KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO) AGENSI DI BAWAH KPT

Pengerusi
YBhg. Dato' Kamel Mohamad
Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Ahli:

BIL.AGENSINAMA CIO
1. Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) YBrs. Dr. Mohd Rashahidi bin Mohamood
Pengarah Bahagian Dasar
2. Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) Encik Mohd Nasir bin Abd Ghani
Timbalan Ketua Pengarah
3. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Puan Normahizan binti Yaacob       
Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif (Pengurusan)
4. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Encik Wan Ahmad bin Wan Yusoff
Ketua Eksekutif
5. Universiti Malaya (UM) YBhg. Prof. Dr. Faisal Rafiq bin Mahamad Adikan
Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)
6. Universiti Sains Malaysia (USM) Encik Zulham bin Hamdan
Pengarah ICT
7. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Amin bin Embi
Ketua Pegawai Maklumat
8. Universiti Putra Malaysia (UPM) Encik Muzaffar Shah Kassim
Timbalan Ketua Pustakawan Kanan
9. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) YBhg. Prof. Dr. Ali bin Selamat
Pengarah ICT
10. Universiti Teknologi MARA (UiTM) YBhg. Prof. Ir. Dr. Abdul Rahman bin Haji Omar
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
11. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) YBhg. Prof. Dr. Mohd Adam bin Suhaimi
Pengarah ICT
12. Universiti Utara Malaysia (UUM) << Belum Diisi >>
13. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) YBhg. Prof. Dr. Kopli bin Bujang
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
14. Universiti Malaysia Sabah (UMS) YBhg.  Prof. Dr. D. Kamarudin D. Mudin
Naib Canselor
15. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Puan Norazizah binti Othman
Pengarah ICT
16. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) YBrs. Dr. Mohd Zalisham bin Jali
Pengarah ICT
17. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) YBhg. Prof. Dr. Fauziah binti Haji Abu Hasan
Ketua Pegawai Maklumat
18. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Farhan bin Md. Fudzee
Pengarah ICT
19. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Encik Mohd Isa bin Mohd Dom
Ketua Pegawai Maklumat
20. Universiti Malaysia Pahang (UMP) Encik Roslan bin Awang Abdul Rahman 
Pengarah ICT
21. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Encik Nasrudin bin Abd Shukor
Pengarah ICT
22. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin Abdul Latif
Naib Canselor
23. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) YBhg. Prof. Dr. Safa'ai bin Deris
Pengarah ICT
24. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Kol. Zulkefli bin Abdullah
Pengarah ICT

PENDAFTARAN & PENGEMASKINIAN MAKLUMAT CIO

Borang Maklumat CIO Agensi boleh dimuat turun bagi tujuan pendaftaran dan pengemaskinian maklumat CIO agensi masing-masing.

Muat Turun :  document Borang Maklumat CIO (75 KB)

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI

Urus Setia CIO Kementerian
Seksyen Dasar ICT
Bahagian Pengurusan Maklumat

E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No. Tel : 03-8870 6064 / 6065 / 6066 / 6067 / 6069 / 6073

Print Email