Local Students

Kemasukan Pelajar
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) atau lebih dikenali dengan UPU, adalah salah satu Bahagian di Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menyelaras permohonan kemasukan ke Program Ijazah Pertama, Asasi, Diploma dan Sijil bagi Pelajar Lepasan STPM/ Setaraf dan SPM/ Setaraf ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Instituti Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Kajian Pengesanan Graduan
Kajian Pengesanan Graduan merupakan satu soal selidik yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi terhadap graduan institusi pengajian tinggi negara bersempena dengan musim konvokesyen IPT masing-masing bagi mengetahui status pekerjaan graduan serta mendapatkan maklum balas tentang pelbagai aspek berkaitan IPT.

Print Email