Pemohon dikehendaki mendapat kelulusan dan pengesahan kelayakan daripada Ketua Jabatan sebelum membuat permohonan.
Permohonan PTK melalui portal Kementerian Pengajian Tinggi hanyalah untuk Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi, Pemandu Kenderaan dan Pembantu Am Pejabat di bawah Kementerian Pengajian Tinggi sahaja dan telah disahkan dalam perkhidmatan.
Pemohon dikehendaki merujuk Jadual PTK yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pengajian Tinggi bagi tahun 2010 di laman web ini .
Pemohon dibenarkan memohon PTK lebih daripada sekali setahun bagi Tahap Kecekapan (TK) yang beliau layak HANYASETELAH memperolehi keputusan PTK yang terdahulu.
Pastikan maklumat yang dikemukakan adalah benar. Sekiranya maklumat didapati tidak benar keputusan Penilaian Tahap Kecekapan berkenaan akan TERBATAL.
Calon tidak dibenarkan menukar pusat PTK.
Keputusan permohonan boleh disemak secara online melalui Semakan Status Permohonan DUA(2) minggu sebelum tarikh peperiksaan PTK.
Calon perlu memuat turun dan mencetak SLIP PERMOHONAN PTK selewat-lewatnya pada tarikh akhir slip dipaparkan pada laman web ini berdasarkan Jadual PTK
Calon perlu mengesahkan kehadiran secara online melalui SEMAKAN STATUS PERMOHONAN selewat-lewatnya pada tarikh akhir slip dipaparkan dan calon yang tidak membuat sebarang pengesahan dianggap MENOLAK tawaran menduduki PTK.
Calon yang telah mengesahkan kehadiran pada sesi PTK tetapi gagal hadir tanpa alasan munasabah boleh dikenakan hukuman penangguhan menduduki PTK selama 12 bulan.
Pilih menu Permohonan Pusat Penilaian Kompetensi .
Skrin borang akan dipaparkan. Hanya PTK yang belum ditutup
permohonannya
sahaja akan dipaparkan di skrin.
Masukkan maklumat yang diperlukan dan sistem akan semak perkara-perkara
tersebut.
Sekiranya terdapat kesalahan atau maklumat tidak diisi, mesej kesalahan
akan dipaparkan. Betulkan kesalahan mengikut kesalahan yang dipaparkan.
Penempatan Pusat PTSK akan ditentukan oleh
Unit Kompetensi, Seksyen Pembangunan Manusia dan Latihan,
Kementerian Pengajian Tinggi.
Setelah kesemua maklumat disemak dan telah didapati
lengkap, klik butang Hantar untuk
hantar maklumat.
Slip jawapan penerimaan permohonan akan dipaparkan kepada pemohon selepas borang
dihantar melalui WEB. Slip ini perlu dicetak bagi
tujuan bukti permohonan.