• Utama
  • Hebahan
  • Pengumuman
  • Soalan Lazim Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Kementerian Pengajian Tinggi Bilangan 4

Soalan Lazim Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Kementerian Pengajian Tinggi Bilangan 4

1. Bolehkah IPT melaksanakan program-program yang telah diatur bermula 1 Jun 2020?

Sehingga kini, semua program yang dirancang perlu dihentikan bagi mengelakkan perhimpunan beramai-ramai dalam usaha mengekang penularan Covid-19. Arahan akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.

2. Bagaimana dengan status renew permit Kolej Swasta?

Sila berhubung dengan Bahagian Governan Swasta, JPT.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

3. Bolehkah pelajar membuat tuntutan perbelanjaan sepanjang PKP dan Baucer Makan Seharian untuk hari yang lambat diberikan?

Tuntutan perbelanjaan pelajar sepanjang tempoh PKP diurus oleh pihak IPT masing-masing.

4. Adakah peminjaman dengan Politeknik termasuk pinjaman yang dikenakan moratorium?

Bagi peminjam yang mendapat PTPTN adalah termasuk pinjaman yang dikenakan moratorium.

5. Bagaimana urusan untuk penghantaran salinan sijil SPM untuk UPU?

Semua perkara yang berkaitan dengan penghantaran sijil SPM dan sebagainya boleh merujuk ke Bahagian BKPA JPT di saluran FB rasmi UPU di :
https://m.facebook.com/UPUonlineBPKPJPT/

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan di :
https://online.moe.gov.my/upu/maklumbalas/

6. Bagaimana dengan urusan slip permohonan layak memohon bagi pelajar ke Jordan?

Untuk pertanyaan berkaitan dengan pelajar luar negara, sila hubungi Bahagian Education Malaysia.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
9 APRIL 2020

Cetak Emel