• Utama
  • Hebahan
  • Pengumuman
  • Hebahan Senarai Nama Peminjam Tegar Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP), Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Hebahan Senarai Nama Peminjam Tegar Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP), Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Dimaklumkan bahawa senarai yang dilampirkan ini merupakan Senarai Nama Peminjam Tegar Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) KPT sehingga 30 September 2016 yang mengikuti sesi pengajian tahun 1988 sehingga 2012 peringkat sijil di Politeknik dan Kolej Komuniti.

Sehubungan itu, dipohon kepada penama yang dilampirkan untuk menghubungi Bahagian Biasiswa, KPT dengan kadar segera bagi tujuan pembayaran balik TPP melalui maklumat perhubungan seperti berikut:

Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 2, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA.
(u.p.: Unit Penguatkuasaan & Kutipan Balik)

Talian hotline: 03-8888 6787
Faks: 03-8870 6839
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Facebook : https://www.facebook.com/pembayaranbaliktppkpt

Sekiranya terdapat kesilapan maklumat pada senarai tersebut, dipohon untuk menghubungi KPT melalui maklumat perhubungan seperti di atas bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.

Maklumat lanjut berhubung kaedah bayaran dan semakan penyata boleh disemak melalui pautan berikut:

https://biasiswa.mohe.gov.my

Sekian untuk perhatian semua.
Terima kasih.

Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi

“Jiwa (roh) seseorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hingga hutangnya dilunasi”.
Hadis Riwayat: At –Tarmidzi, Ibn Majah, dan Al-Baihaqi

  pdf Senarai Peminjam Tegar TPP KPT sehingga 30 September 2016 (3.40 MB)

CetakEmel