Senarai Daftar Nama Pemegang Ijazah Kedoktoran (PhD) di Universiti Awam

Kebelakangan ini terdapat banyak kes pemalsuan pemakaian gelaran akademik seperti “Dr.” dan “Profesor” berlaku di negara ini. Pemalsuan pemakaian gelaran akademik ini merupakan satu kesalahan yang dianggap sebagai academic fraud dalam institusi pendidikan tinggi.

Sehubungan itu, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) sedang mengambil tindakan serta-merta bagi membendung salah guna gelaran akademik ini dengan inisiatif mewujudkan daftar nama bagi penerima ijazah Kedoktoran (Ph.D) oleh semua institut pendidikan tinggi (IPT). Daftar nama ini diwujudkan bertujuan bagi memberi kemudahan kepada orang awam untuk mengakses kelayakan seseorang individu tersebut dan untuk mengelakkan daripada kes penyalahgunaan gelaran akademik dengan sewenang-wenangnya.

Pautan ke Sistem Carian Senarai Nama Penerima Ijazah Kedoktoran PhD di Institusi Pendidikan Tinggi Awam: https://dohe.mohe.gov.my/qPhD

CetakEmel