Tawaran Biasiswa Penajaan SEAMEO SEARCA Graduate Scholar

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menerima memo dari Bahagian Hubungan Antarabangsa mengenai tawaran biasiswa penajaan SEAMEO SEARCA Graduate Scholarship (2018-2019) dari SEAMEO SEARCA kepada pemohon yang berkelayakan.

Tawaran biasiswa tersebut menawarkan biasiswa (Master dan PhD) dalam bidang pertanian dan bidang berkaitan bagi tahun akademik bermula 2018-2019. Permohonan tawaran biasiswa tersebut adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 35 tahun bagi mengikuti pengajian Sarjana dan tidak melebihi 40 tahun bagi pengajian di peringkat PhD semasa permohonan.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama dan bantuan tuan untuk membuat hebahan mengenai program biasiswa tersebut kepada Unit Komunikasi Korporat (UKK) di semua Kementerian dan semua Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Tarikh Tutup
30 Julai 2017
Maklumat Lanjut
http://www.searca.org/index.php/scholarship/graduate-scholarship 
Maklumat Am
http://scholarship.searca.org 
Pertanyaan
Puan Hanizah Binti Hamdan
Telefon: +03-8870 6387
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke maklumat seperti dibawah sebelum 30 Julai 2017 dan sesalinan permohonan juga disalinkan kepada bahagian ini dalam bentuk hard copy atau soft copy melalui emel (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) dan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk tujuan rekod.

Alamat:

Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pendidikan Tinggi,
Aras 2, No.2, Menara 2, Jalan P5/6,
Presint 5, 62200 Putrajaya.

CetakEmel