Pembukaan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) 2018

Kaedah Permohonan:

  1. Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Instrumen HICoE bermula 16 Mei 2018.

    • Klik di SINI untuk muat turun Instrumen HICoE Teras Penyelidikan dan Inovasi;
    • Klik di SINI untuk muat turun Instrumen HICoE Teras Perkhidmatan
  2. Pengisian data di dalam Instrumen HICoE hendaklah difokuskan kepada satu (1) bidang nic terpilih dan kukuh di CoE masing-masing.

  3. Semua permohonan hendaklah disemak oleh Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan diperakukan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) IPT masing-masing.

  4. Hanya CoE yang memenuhi syarat asas dan melepasi markah minimum penarafan sahaja yang layak untuk mengemukakan dokumentasi seperti berikut :

    Hardcopy :

    1. Borang Instrumen HICoE 2018;
    2. Senarai Utama (Masterlist) Instrumen HICoE 2018 yang lengkap; dan
    3. Sesalinan surat penubuhan CoE yang diikitraf oleh Senat dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU).

    Softcopy (Pen Drive/CD) :

    1. Borang Instrumen HICoE 2018; dan
    2. Senarai Utama (Masterlist) Instrumen HICoE 2018 yang lengkap beserta dokumen bahan bukti [dokumen bahan bukti perlu di Hyperlink pada Senarai Utama (Masterlist)].

    Dokumentasi tersebut haruslah dikemukakan kepada urus setia selewat-lewatnya pada 31 Mei 2018 (Khamis), jam 5.00 petang.

  5. Sebarang kelewatan penghantaran softcopy dan harcopy permohonan akan menyebabkan permohonan TIDAK dipertimbang untuk proses selanjutnya.

  6. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

    Puan Aini Dayana binti Md Ali
    No. Telefon: 03 – 8870 6962
    Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..my
    Encik Chandran a/l Sundaraj
    No. Telefon: 03 – 8870 6958
    Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cetak Emel