• Utama
  • Hebahan
  • Pengumuman
  • Keputusan Kemasukan Pelajar Lepasan SPM Ke Bidang Ulum Islamiyah Universiti Al-Azhar Sesi 2018/2019

Logo KPM

 KENYATAAN MEDIA

KEPUTUSAN KEMASUKAN PELAJAR LEPASAN SPM KE BIDANG ULUM ISLAMIYAH UNIVERSITI AL-AZHAR SESI 2018/ 2019

Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam bidang Ulum Islamiyah di Universiti Al-Azhar, Mesir, Sesi 2018/2019 boleh disemak secara dalam talian melalui pautan https://dohe.moe.gov.my/timurtengah bermula 30 Julai (Isnin).

Pelajar-pelajar yang berkeinginan melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir mestilah memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu menduduki peperiksaan khas Imtihan Qabul (IQ). Menerusi IQ, pelajar akan ditentukan tahap penguasaan bahasa mereka seperti berikut:

Bil Tahap Tempoh Masa
1 Asas 1 مبتدئ أول 1 bulan setengah
2 Asas 2 مبتدئ ثان 1 bulan setengah
3 Pertengahan 1متوسط أول 1 bulan setengah
4 Pertengahan 2 متوسط ثان 1 bulan setengah
5 Lanjutan 1 متقدم أول 1 bulan setengah
6 Lanjutan 2متقدم ثان 1 bulan setengah
7 Cemerlang متميز Sebulan

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila berhubung dengan alamat dan nombor seperti di bawah:

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia
Kaunter 4, Aras G, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya.

Tel: 03-8870 6226/ 6627

Cetak Emel