Rumah Komuniti

  • rumah komuniti 01
    ‘RUMAH KOMUNITI MELAHIRKAN MASYARAT BERSIFAT KASIH SAYANG’
  • rumah komuniti 02
  • rumah komuniti 03
  • rumah komuniti 04
  • rumah komuniti 05
  • rumah komuniti 06
  • rumah komuniti 07

Rumah Komuniti Melahirkan Masyarat Bersifat Kasih Sayang
oleh Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi

Sabri memeluk saya erat. "Terima kasih Tok’," kata Sabri. Suaranya tersebak-sebak. Hati saya tersentuh.

Sabri baru menerima sebuah Rumah Komuniti yang diberi percuma melalui peruntukan ahli parlimen. Dia tahu dengan kerjanya sebagai seorang penoreh getah, mempunyai sembilan anak, kemampuan untuk membina rumah sendiri adalah hampir mustahil. Rumah pusaka yang didiaminya pula sudah agak usang. Apabila hujan, hati merasa resah kerana atapnya sudah lama bocor dan lantainya sudah banyak perlu diganti.

Begitu juga Senah. Dia mengesat air mata setelah menerima kunci Rumah Komunitinya. Rumahnya terbakar setahun lalu dan dia bersama keluarga sedang menginap di rumah sementara satu bilik yang dibina dengan bantuan saudara mara dan orang kampung. Rumah itu dikongsi bersama tujuh orang anak-anaknya. Tiada kata yang boleh diungkapkan Senah dan suaminya Zul, hanya rasa syukur mendapat rumah baru. Zul menghulur kepada saya sebungkus pulut kuning tanda kesyukuran daripada keluarga mereka.

Aishah tidak terkata. Ibarat mimpi menjadi kenyataan. Dia membisu seribu bahasa apabila ditanya tentang perasaannya menerima Rumah Komuniti. Lidahnya kelu. Aishah, seorang ibu tunggal dan mempunyai empat orang anak, hilang tempat bergantung apabila kehilangan suaminya dalam kemalangan jalan raya beberapa bulan yang lalu. Aishah tidak menduga ujian cukup besar dihadapinya. Aishah tidak ada rumah. Rumah Komuniti yang diperolehnya memberi sinar harapan baru dan semangat kepadanya dan anak-anaknya.

Rumah Komuniti merupakan projek rumah percuma yang diagihkan kepada keluarga miskin di parlimen saya di Besut, Terengganu. Setiap Rumah Komuniti berukuran 600 kaki persegi dan dilengkapi dengan tiga bilik tidur, satu tandas, dapur kecil dan ruang tamu. Ia dibina dengan kos tidak sampai RM20,000.00 dan siap dalam masa kurang daripada satu bulan.

Rumah Komuniti merupakan hasil kerjasama pelbagai pihak serta Kolej Komuniti dan juga Politeknik. Pembinaannya merupakan hasil kepakaran pensyarah-pensyarah di Kolej Komuniti dan Politeknik. Pelajar-pelajar pula menyumbangkan tenaga sukarelawan mereka untuk membina rumah-rumah tersebut dengan mengaplikasikan ilmu yang telah diperolehi daripada program yang mereka ikuti di Kolej Komuniti dan Politeknik masing-masing. Selain itu, penduduk kampung di sekitar Besut pula, melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), turut bantu menyumbang dari segi tenaga buruh, penginapan, nasihat, dan pelbagai lagi. Dalam masa yang sama, pelajar-pelajar ini juga dapat merasai suasana dan mempelajari budaya Besut.

Rasa tanggungjawab dan nikmat perlu dikongsi bersama terutamanya orang yang lebih memerlukan. Rumah Komuniti merupakan rumah yang dibina dengan penuh kasih sayang. Ramai yang mengembeling tenaga untuk bersama membantu. Pensyarah menyumbang kepakaran, pelajar-pelajar dan penduduk kampung menyumbang tenaga dengan penuh sifat kesukarelawanan. Talian persahabatan yang istimewa juga terjalin diantara golongan insan yang jika bukan kerana Rumah Komuniti, mungkin tidak akan bertemu.

Mokhtar, daripada Kolej Komuniti Kuala Terengganu, berdiri bersebelahan dengan wakil JKKK dan penerima rumah, tersenyum lebar merenung kejayaan pembinaan Rumah Komuniti yang mula dibinanya sejak sebulan yang lalu. Walaupun sumbangannya dirasakan kecil, tetapi sebenarnya besar bagi orang lain.

Di antara Mac 2016 dan 27 Disember 2016, sebanyak 87 Rumah Komuniti telah berjaya dibina, dan kunci rumah tersebut sempurna disampaikan kepada penerima. Kolej Komuniti dan Politeknik sememangnya telah berjaya melebarkan kepakarannya untuk manfaat masyarakat. Inilah salah satu fungsi institusi pendidikan tinggi untuk menyumbang kepada masyarakat.

Tidak kurang juga semangat kasih sayang pengusaha-pengusaha tempatan yang turut membina rumah-rumah tersebut dengan harga yang begitu murah. Rumah berharga RM20 ribu ini merupakan separuh daripada harga biasa. Tetapi oleh kerana mereka ingin menyumbang bakti membantu keluarga miskin, mereka sanggup berkorban.

Dengan keberkatan niat dan keikhlasan perbuatan, mereka berjaya menyiapkan rumah itu dengan kos yang diperuntukkan. Hj Jalil adalah pengusaha pertama yang sanggup menerima cabaran membina Rumah Komuniti tersebut. Saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Hj Jalil atas jasa murni ini yang sanggup menghulur tangan dan menyahut cabaran kos dan jangka masa pembinaan yang diberi. Terima kasih juga kepada Fadhil, Suhaidi, Andy, Amir, Amin, Farik dan Ramli yang datang membantu menyiapkan Rumah Komuniti ini. Penghargaan juga buat pegawai saya di pejabat ahli parlimen Besut yang menyelaraskan pembinaan Rumah Komuniti dengan pelbagai pihak.

Betapa indahnya apabila kepakaran dari institusi pendidikan tinggi dilebarkan untuk kebaikan masyarakat. Apa lagi untuk golongan yang miskin dan memerlukan. Bila kita gabungkan ilmu serta kepakaran dan kasih sayang, perkara yang tidak disangka dapat dilahirkan.

Semoga rumah yang telah dibina ini memberi manfaat kepada penerima agar mereka dapat meneruskan kehidupan mereka sekeluarga. Saya juga berharap agar lebih ramai insan yang menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan kerana nikmat yang kita peroleh ini lebih berharga jika kita kongsi bersama.

Inilah harapan saya untuk tahun 2017 iaitu melahirkan masyarakat berilmu yang penuh dengan sifat kasih sayang.

DATO SERI IDRIS JUSOH
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI MERANGKAP AHLI PARLIMEN BESUT
28 DISEMBER 2016

Untuk Maklumat Lanjut Rumah Komuniti sila layari:

Rumah Komuniti Parlimen Besut: http://rumahkomunitibesut.com/
Facebook: Search ‘Idris Jusoh Rumah Komuniti’

Rumah Komuniti di lensa media:

  1. 17 Oktober 2016 – Rumah Komuniti dicadang jadi contoh kerajaan bina rumah rakyat.
    https://malaysiadateline.com/index.php/berita-list/16-berita-utama/5150-rumah-komuniti-dicadang-jadi-contoh-kerajaan-bina-rumah-rakyat

  2. 8 September 2016 – Politeknik Malaysia perkasa TVET melalui Polyhome.
    http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/politeknik-malaysia-perkasa-tvet-melalui-polyhome-1.380205

  3. 26 Ogos 2016 – Transformasi Pendidikan Tinggi.
    http://www.bharian.com.my/node/186794

  4. 7 Ogos 2016 – Bina Rumah Komuniti di seluruh negara.
    https://www.utusan.com.my/berita/nasional/bina-rumah-komuniti-di-seluruh-negara-1.367318

  5. 12 July 2016 – A 3-room house for RM20,000? No, we are not joking.
    http://www.theedgeproperty.com.my/content/788696/3-room-house-rm20000-no-we-are-not-joking

  6. 11 July 2016 – Susatainable, cost-savvy community houses as low as RM20,000 has become reality.
    http://english.astroawani.com/malaysia-news/sustainable-cost-savvy-community-houses-low-rm20-000-has-become-reality-110648

  7. 11 July 2016 – Tidak percaya? Rumah tiga bilik semurah RM20,00 siap tidak sampai sebulan.
    http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/tidak-percaya-rumah-tiga-bilik-semurah-rm20000-siap-tidak-sampai-sebulan

  8. 9 July 2016 – Pelajar Bina Rumah tiga bilik, kos RM20,000
    http://www.sinarharian.com.my/nasional/pelajar-bina-rumah-tiga-bilik-kos-rm20-000-1.539743

  9. 13 Jun 2016 – Syawal lebih ceria buat ibu tunggal 3 anak
    http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/syawal-lebih-ceria-8232-buat-ibu-tunggal-3-anak-1.341730

  10. 7 Jun 2016 – Gembira Dapat Rumah Baru.
    http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/gembira-dapat-rumah-baharu-1.529387

  11. 28 March 2016 – UM to build community houses using green technology.
    http://www.nst.com.my/news/2016/03/135582/um-build-community-houses-using-green-technology

  12. 27 March 2016 – Modal RM80,000 bina empat rumah guna IBS.
    http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/modal-rm80-000-bina-empat-rumah-guna-ibs-1.502477

  13. 13 March 2016 – 48 Rumah Komuniti Dibina Dalam Parlimen Besut Tahun Ini.
    http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=1224618&cat=tm

  14. 8 February 2016 – Kolej Komuniti Bina Rumah Dengan Kos RM19,900.
    http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?cat=tm&id=1214057

CetakEmel