Public-Private Research Network (PPRN)

Inisiatif inovatif Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bagi menggalakkan program inovasi yang berasaskan permintaan dalam memacu peningkatan produktiviti serta mengukuhkan pembangunan ekonomi Malaysia

MISI

Mewujudkan knowledge-friendly ecosystem

Persekitaran di mana pengetahuan dihasilkan dan disebarkan daripada mereka yang mempunyainya (iaitu Institusi Pendidikan Tinggi & Institusi Penyelidikan Awam) kepada mereka yang memerlukan pengetahuan tersebut (iaitu industri/perusahaan)

OBJEKTIF

  1. Menggalakkan penyertaan ahli akademik untuk melaksanakan penyelidikan berasaskan permintaan (demand driven);
  2. Meningkatkan produktivi PKS dan industri melalui adaptasi state-of-the-art atau teknologi yang bersesuaian; dan
  3. Memperkasa hubungan jaringan awam swasta melalui penyelidikan inovasi daripada IPT kepada pengusaha PKS dan industri.

SKOP PROJEK

Inovasi Produk

Menambahbaik atau menambah nilai produk sedia ada industri/perusahaan untuk keperluan pasaran.

Inovasi Proses

  • Menambahbaik proses pengeluaran produk, komponen sumber, gudang, logistik, kaedah penghantaran atau perkhidmatan;
  • Mengoptimumkan pengeluaran untuk menjadikannya lebih cekap dan efisen menggunakan state-of-art technology; dan
  • Meningkatkan skala pengeluaran.

SYARAT DAN KRITERIA PERMOHONAN PROJEK

  1. Permohonan terbuka kepada semua syarikat berdaftar di Malaysia dengan nilai jualan tahunan melebihi RM50,000.
  2. Pemilikan majoriti warganegara Malaysia (≥51%) bagi perniagaan bertaraf Syarikat Multi Nasional.
  3. Syarikat hendaklah mempunyai masalah teknologi/teknikal dalam pengeluaran produk, proses dan perkhidmatan. Permasalahan yang berkaitan dengan pengurusan, pemasaran atau pembelian off-the-shelf tidak akan dipertimbangkan
  4. Produk yang memerlukan penambahbaikan sudah dipasarkan
  5. Keutamaan diberi kepada projek yang boleh disiapkan dalam tempoh enam (6) bulan, namun tempoh pelaksanaan projek tidak lebih daripada 12 bulan masih boleh dipertimbangkan jika ia mempunyai nilai sosial dan perniagaan yang signifikan.
  6. Kementerian Pendidikan Tinggi / PPRN dan Industri akan bersama membiayai pelaksanan projek

MANFAAT PPRN

  1. Wujudkan knowledge-friendly ecosystem melalui penyelidikan gunaan.
  2. Meningkatkan produktiviti dan pengetahuan teknologi industri untuk bergerak atas rantaian nilai.
  3. Penyelidikan yang sentiasa relevan.
  4. Projek inovasi yang berkesan dan kos efektif.
  5. Mencapai matlamat Pelan Transformasi Ekonomi (ETP).

MAKLUMAT LANJUT

  1. Portal PPRN : www.pprn.mohe.gov.my
  2. Sekretariat PPRN di Kementerian Pendidikan Tinggi
    1. Tel : 03-8870 5090 / 6984 / 6875 / 5106
    2. Faks : 03-8870 6900
    3. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

CetakEmel