Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

dato kamel

YBhg. Dato Kamel Mohamad
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)

CIO Kementerian Pendidikan Tinggi

Menerajui tranformasi digital dalam sistem pendidikan tinggi awam.

Selaras dengan Surat Arahan Ketua Setiausaha Negara bertarikh 22 Mac 2000 mengenai penamaan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) di semua agensi awam, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut menyahut arahan ini dengan memperkasakan struktur tadbir urus kementerian secara berterusan bagi mengadaptasikan perkembangan dan trend masa kini ke dalam ekosistem penyampaian perkhidmatan pendidikan tinggi negara.

Menyedari kepentingan peranan CIO di kementerian ini, YB Menteri Pendidikan Tinggi semasa menyampaikan Amanat Tahun 2017 pada 12 Januari 2017 telah mengumumkan CIO KPT sebagai salah satu agenda utamanya bagi tahun 2017.

Maka, CIO KPT akan meneruskan peranan utamanya seperti berikut :

  1. Menerajui perubahan melalui penjajaran pelan strategik ICT KPT dengan keperluan Pelan Pembangunan Nasional, Pelan Strategik ICT Sektor Awam dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

  2. Melaksana dan menyelaras penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik global bagi mentadbir dan mengawal selia pengurusan teknologi dan operasi berteraskan ICT di setiap peringkat sistem penyampaian perkhidmatan KPT.

  3. Menyelaras pembudayaan ICT yang cemerlang dalam sistem penyampaian perkhidmatan KPT;

    dan

  4. Menyelaras inisiatif inovasi dan kreativiti berteraskan ICT bagi meningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan sistem dan proses kerja sedia ada di KPT.

MISI

Setiap kejayaan dan tahap pencapaian CIO KPT amat bergantung kepada sokongan padu dari setiap warga KPT. Misi utama yang perlu dilaksanakan adalah :

  1. Menerajui kepimpinan digital business di KPT supaya setiap strategi dan pelan tindakan di sebarang peringkat organisasi hendaklah menjadikan transformasi digital sebagai elemen utama dalam melaksanakan perubahan.

  2. Meneruskan perjalanan transformasi digital di KPT melalui pembentukan pasukan berprestasi tinggi berpacukan digital yang dianggotai oleh bakat-bakat yang akan dibentuk dan dikenalpasti di kalangan warga KPT.

Cetak Emel