Pembelajaran Sepanjang Hayat

Kementerian Pendidikan Tinggi selaku peneraju pelaksanaan PSH, telah merancang pelbagai program dan aktiviti bagi mengujudkan kesedaran masyarakat tentang pemerolehan ilmu pengetahuan tanpa batasan umur. Objektif utama adalah untuk menjadikan PSH sebagai budaya, untuk menyedarkan warga Malaysia keujudan pelbagai program PSH yang dikendalikan oleh semua kementerian dan agensi serta menggalakkan lebih ramai individu menimba ilmu pengetahuan melalui program PSH yang ditawarkan.

Ini adalah selaras dengan status semasa PSH di Malaysia, bagi memastikan pembudayaan holistik PSH diterapkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Walaupun pelbagai rancangan dan dasar disediakan dalam tempoh dua dekad yang lalu kerajaan telah menggariskan banyak cadangan dan strategi ke arah matlamat ini, Malaysia masih belum mencapai kejayaan sepenuhnya . Untuk maju ke hadapan, Kerajaan perlu menggalakkan pelaksanaan projek kerjasama antara pemegang taruh di sektor awam dan swasta. Pelan Induk ini perlu dikaji semula dari masa ke semasa selaras dengan perubahan pantas transformasi pendidikan.

Maklumat lanjut berkaitan konsep dan pelaksanaan PSH serta agensi atau kementerian yang terlibat bagi merealisasikan pembudayaan PSH di Malaysia, sila klik pautan berikut: Portal Rasmi Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)

Cetak Emel