Pelajar Tempatan

Memohon Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) atau lebih dikenali dengan Unit Pusat Universiti (UPU) yang ditubuhkan sejak awal tahun 1970-an berperanan untuk mengurus dan menyelaras kemasukan pelajar ke Program Ijazah Pertama, Asasi, Diploma dan Sijil bagi Pelajar Lepasan STPM/ Setaraf dan SPM/ Setaraf ke Universiti Awam (UA), Politeknik Premier / Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Panduan Kemasukan ke Universiti Awam (UA) / Politeknik Premier
Maklumat berkaitan institusi pengajian, senarai program pengajian yang ditawarkan, syarat khas program mengikut taraf kelayakan SPM/Setaraf atau STPM/Setaraf.

Panduan Kemasukan ke Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA
Maklumat berkaitan institusi pengajian, senarai program pengajian yang ditawarkan, syarat khas program mengikut taraf kelayakan SPM/Setaraf.

Maklumat Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Maklumat berkaitan senarai semak penubuhan / pendaftaran IPTS, senarai daftar dan statistik IPTS, Pindaan Akta 555, Garis Panduan dan Pekeliling IPTS.

Menyemak Pengiktirafan Kelayakan MQA
Maklumat berkaitan pengiktirafan kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Cetak Emel