Modular Kolej Komuniti

OBJEKTIF Program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) menggantikan program Sijil Kolej Komuniti (SKK) yang dilaksanakan di semua kolej komuniti (KK) mulai tahun 2011 dilaksanakan sebagai menyokong program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
GOLONGAN SASARAN Pelajar kolej komuniti yang mengikuti program modular
PERINGKAT PENGAJIAN Sijil Modular Kebangsaan
TEMPAT PENGAJIAN Kolej Komuniti
SYARAT
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Tidak mempunyai pekerjaan/pendapatan tetap;
  3. Tidak mempunyai penaja lain;
  4. Mendaftar sebagai pelajar SMK di KK sepenuh masa;
  5. Mempunyai pendapatan isi rumah bulanan (calon atau ibu bapa/penjaga tidak melebihi RM3,000; dan
  6. Mengambil semua Learning Area (LA) dalam setiap SMK (calon yang mengambil sebahagian LA atau mengulang LA adalah tidak layak)
PERMOHONAN / PERTANYAAN Pelajar di setiap kolej komuniti yang memenuhi syarat di atas boleh mengemukakan permohonan melalui pegawai biasiswa / pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa 
Kementerian Pendidikan Tinggi, 
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 
62200 Putrajaya

Talian Utama : 03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839

Cetak Emel