Prosedur Bayaran Balik

Penangguhan Bayaran Balik

Penangguhan bayaran balik pinjaman TPP hanya layak untuk dipertimbangkan sekiranya:-

Peminjam menyambung pengajian secara sepenuh masa ke peringkat yang lebih tinggi (diploma/ijazah pertama). Bagi yang ingin memohon, sila kemukakan dokumen dokumen berkaitan seperti di bawah :-

  1. pdf Borang Permohonan Penangguhan Bayaran Balik (270 KB)  yang telah dilengkapkan;
  2. Sesalinan surat tawaran pengajian ke peringkat yang lebih tinggi (diploma/ijazah pertama) yang telah disahkan;
  3. Surat pengesahan pendaftaran pengajian dari institusi pengajian yang telah disahkan pdf Format Surat Pengesahan Daripada Pusat Pengajian (98 KB) ; dan
  4. Salinan slip/ resit bayaran ansuran pertama RM125.00

* PERHATIAN : Hanya permohonan yang lengkap dengan dokumen-dokumen seperti di atas sahaja yang akan dipertimbangkan.

Penangguhan bayaran balik pinjaman tidak akan dibenarkan bagi pengajian separuh masa. Walau bagaimanapun, pertimbangan boleh diberikan untuk mengurangkan ansuran bulanan.

Peminjam yang diluluskan penangguhan akan diberi tarikh mula pembayaran yang baharu sehingga tahun tamat pengajian yang diikuti pada masa itu.

Pengurangan Ansuran Bayaran Balik

Bagi peminjam yang masih belum bekerja atau berpendapatan tetap, permohonan untuk mengurangkan bayaran ansuran bulanan boleh dibuat dengan menyertakan bersama pdf Borang Pengakuan Pendapatan Peminjam (161 KB)  yang disahkan oleh Ketua Kampung / JKKK atau Penghulu beserta pdf Surat Permohonan Pengurangan Ansuran Bayaran Balik (16 KB) .

Tuntutan Lebihan Bayaran

Permohonan tuntutan lebihan bayaran balik TPP hendaklah dibuat dengan mengemukakan borang dan dokumen seperti berikut :-

Cetak Emel