• Utama
  • Pengumuman
  • Permohonan Untuk Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) Bagi Sesi Kemasukan 2017/2018

Permohonan Untuk Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) Bagi Sesi Kemasukan 2017/2018

  1. Dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi sesi 2017/2018 perlu membuat permohonan secara dalam talian di https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah.

  2. Permohonan dalam talian bagi lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dibuka pada 17 Januari 2017 (Selasa) pukul 12.00 tengahari dan akan ditutup pada 2 Februari 2017 pukul 5.00 petang.

  3. Permohonan dalam talian bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibuka pada 17 Januari 2017 (Selasa) pukul 12.00 tengahari dan akan ditutup 10 hari selepas keputusan SPM diumumkan.

  4. Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sahaja. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri. KPT TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.

  5. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi di talian 03-8870 6226/6627.

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya

CetakEmel