myUSSD

  • USSD (Unstructured Supplementary Service Data) adalah teknologi yang digunakan oleh rangkaian untuk menghantar maklumat  berbentuk menu teks atau flash sms di antara telefon bimbit dan aplikasi pada rangkaian.
  • Gerbang USSD Kerajaan Malaysia yang diperkenalkan sebagai myUSSD menggunakan kod pendek *158# untuk semua agensi sejajar dengan dasar kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan sebagai "satu kerajaan, banyak agensi".
  • USSD adalah serupa dengan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), tetapi tidak seperti SMS, transaksi USSD adalah session oriented.

  • Setiap transaksi USSD adalah RM 0.35 untuk satu sesi selama 2 minit. Sesi ini dirujuk kepada sesi pertama. Sekiranya sesi disambung di dalam 30 saat dari masa tamat sesi pertama, maka tiada caj tambahan untuk sesi 2 minit selanjutnya.

  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) sebagai salah sebuah agensi di bawah Kementerian telah menawarkan perkhidmatan berikut menerusi myUSSD:
  1. Pembiayaan Ujrah
  2. Pinjaman Konvensional
  3. WPP
  4. SSPN-i

Maklumat lanjut, layari pautan MyGovMobile

Cetak Emel