• Utama
  • Warga
  • Kemudahan dan Perkhidmatan
  • Sistem Immersive TelePresence KPT

Sistem Immersive TelePresence KPT

Immerse TelePresence KPT Bilik

TUJUAN

Garis panduan penggunaan kemudahan TelePresence disediakan sebagai sumber rujukan kepada semua warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk   memastikan penggunaan TelePresence menepati piawaian yang telah ditetapkan. Pematuhan dalam penggunaan kemudahan TelePresence adalah penting bagi memastikan sidang video berjalan lancar dan menepati objektifnya.

SKOP

Garis panduan ini dirangka bagi aspek permohonan dan penggunaan kemudahan TelePresence yang disediakan di Aras 16 bangunan KPT.

TELEPRESENCE

TelePresence merujuk kepada satu saluran komunikasi yang merangkumi video dan audio berdefinisi tinggi (high definition) yang menghubungkan dua (2) atau lebih lokasi secara maya bagi tujuan bermesyuarat atau perbincangan rasmi sahaja.

Sistem TelePresence berupaya untuk berkomunikasi dengan 20 lokasi secara serentak. Lokasi yang dihubungi perlu mempunyai kemudahan TelePresence yang compatible seperti Polycom, Cisco, Tandberg dan Lifesize.

PENGGUNAAN KEMUDAHAN BILIK TELEPRESENCE

Penggunaan kemudahan di bilik TelePresence adalah meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sidang video, aktiviti mesyuarat, live streaming, perkakasan TelePresence dan perkara yang berkaitan.

PERKAKASAN DI BILIK TELEPRESENCE

Perkakasan di bilik TelePresence meliputi tiga (3) 70 inci HD Display, Panoramic Camera, Content Sharing Screens, TelePresence Intelligent Control System, 10 inci PAD, Independent Acoustics, dan meja conference.

TATACARA PERMOHONAN TEMPAHAN TELEPRESENCE

  1. Pengguna hendaklah membuat permohonan rasmi ke Bahagian Pengurusan Maklumat melalui e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sekurang-kurangnya lima (5) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat.

  2. Unit Rangkaian dan Keselamatan ICT (URK), Bahagian Pengurusan Maklumat akan menghubungi pengguna untuk mendapatkan maklumat pegawai perhubungan dan alamat IP (public) yang perlu dihubungi.

  3. Pengguna perlu menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk sesi ujian tiga (3) hari sebelum tarikh TelePresence.

TATACARA PENGGUNAAN KEMUDAHAN BILIK TELEPRESENCE

  1. Bilik TelePresence boleh memuatkan maksima seramai 12 orang; 6 orang ahli mesyuarat di meja TelePresence dan 6 orang ahli lain di barisan belakang.

  2. Pegawai bertanggungjawab (pengguna) perlu menyediakan komputer riba dan membuat ujian teknikal terlebih dahulu.

  3. Pegawai bertanggungjawab (pengguna) perlu mendaftar sesi TelePresence di dalam buku log yang disediakan.

  4. Pengguna bertanggungjawab untuk mematuhi perkara-perkara berikut :

    1. Penggunaan bilik TelePresence hendaklah mengikut etika jabatan kerajaan;

    2. Pengguna dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam bilik TelePresence;

    3. Pengguna dilarang merokok;

    4. Pengguna perlu memastikan keselamatan peralatan TelePresence; dan

    5. Pengguna hendaklah memastikan keadaan bilik TelePresence adalah teratur dan kemas selepas digunakan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

  1. Pn. Rathika Palanisamy 03 - 8870 6025 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  2. En. Mohd. Faizal Hassan 03 - 8870 6021 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  3. En. Naufal Bin Muhammad 03 - 8870 6023 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  4. En. Nur Hafiz Syafiq Sahni 03 - 8870 6022 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disediakan oleh:
Unit Rangkaian Dan Keselamatan, Bahagian Pengurusan Maklumat

Cetak Emel