2u2i

Lonjakan 1: Graduan Holistik, Bercirikan Keusahawanan dan Seimbang

Pelaksanaan program akademik 2u2i menyokong pendidikan fleksibel. Ianya bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar melalui pembelajaran berasaskan pengalaman dan perkhidmatan yang secara efektifnya dapat diterokai di luar kampus atau di industri di mana pengalaman sebenar dapat disediakan oleh pihak industri yang berkenaan.

Perlaksanaan program ini akan dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan (Graduate Compability) lepasan IPT di Malaysia.

Objektif

  1. Lebih masa pembelajaran bersama pihak industri yang akan memberikan peluang, pendedahan dan pengalaman bekerja.
  2. Pihak industri turut terlibat dalam reka bentuk kurikulum bagi memastikan jenis kursus yang ditawarkan, kaedah penyampaian serta pembelajaran yang relevan dan sesuai dengan industri yang akan diceburi oleh pelajar selepas bergraduat dapat dicapai.

Maklumat lanjut berkaitan 2u2i, layari pautan berikut: http://2u2i.mohe.gov.my

Cetak Emel