header 03 ms 2016

Public-Private Research Network (PPRN)

Inisiatif inovatif Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bagi menggalakkan program inovasi yang berasaskan permintaan dalam memacu peningkatan produktiviti serta mengukuhkan pembangunan ekonomi Malaysia.

Objektif

Wujudkan knowledge-friendly ecosystem melalui penyelidikan gunaan.

Skop Projek

Pembangunan & Inovasi Produk
  • Menambahbaik atau membangun produk, perkhidmatan, perisian atau salah satu daripadanya untuk menambah nilai produk sedia ada.
  • Menginovasi produk sedia ada syarikat untuk keperluan pasaran.
Pembangunan & Inovasi Proses
  • Melaksanakan proses pengeluaran, kaedah penyampaian atau perkhidmatan baru yang mempunyai penambahbaikan signifikan
  • Menyelaraskan pengeluaran untuk menjadikannya lebih cekap dan lebih baik menggunakan teknologi ‘state-of-art’.
  • Membangunkan proses untukmeningkatkan skala pengeluaran.
Peningkatan Nilai dalam Rantaian Bekalan
  • Menambahbaik komponen-komponen sumber
  • Menambahbaik perkhidmatan gudang & logistik
  • Membant umembangunkan penyelesaian sistem maklumat.

Syarat dan Kriteria Permohonan Projek PPRN

  1. Permohonan terbuka kepada semua syarikat berdaftar di Malaysia bertaraf perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan besar dengan nilai jualan tahunan sekurang-kurangnya RM50,000.
  2. Syarikat perlulah majoriti hakmilik rakyat Malaysia.
  3. Syarikat hendaklah mempunyai masalah teknologi/teknikal.
  4. Produk yang memerlukan penyelesaian pembangunan teknologi yang inovatif hendaklah telah dikomersialkan dan ada di pasaran tetapi perlu penambahbaikan dari segi proses atau produk itu sendiri.
  5. Projek yang pada dasarnya melibatkan masalah pengurusan atau pemasaran atau pembelian off-the-shelve solutions seperti pembelian produk, perisian atau perkhidmatan tidak akan dipertimbangkan.
  6. Projek tidak terhad kepada bidang tertentu sahaja tetapi boleh melibatkan apa-apa bidang sains gunaan atau kejuruteraan.
  7. Keutamaan diberi kepada projek yang boleh disiapkan dalam tempoh enam (6) bulan, namun tempoh pelaksanaan projek tidak lebih daripada setahun masih boleh dipertimbangkan jika ia mempunyai nilai sosial dan perniagaan yang signifikan.
  8. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)/PPRN akan membiayai sebahagian daripada kos keseluruhan projek dan syarikat perlu bersedia untuk turut bersama-sama membiayai kos pembangunan projek.

Maklumat lanjut berkaitan tatacara permohonan dan mekanisma pembiayaan projek PPRN, sila klik pautan berikut: Public-Private Research Network

CetakEmel