Kategori UA

Sistem pengajian tinggi dibentuk untuk memastikan bahawa Universiti Awam (UA) berupaya dalam usaha membina reputasi dengan keupayaan yang dinamik, berdaya saing selain mampu meramalkan cabaran masa hadapan dan bersedia untuk bertindak secara berkesan seiring dengan perkembangan global. Usaha meningkatkan keupayaan UA akan terus dilakukan untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya dengan lebih cekap, telus dan berkesan ke arah mewujudkan sistem pengajian tinggi yang cemerlang.

Selaras dengan matlamat tersebut, UA di Malaysia dikategorikan kepada tiga (3) kumpulan, iaitu Universiti Penyelidikan, Universiti Komprehensif dan Universiti Berfokus (teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan). Sehingga kini, terdapat 20 buah UA di negara ini yang terdiri daripada lima (5) Universiti Penyelidikan, empat (4) Universiti Komprehensif dan sebelas (11) Universiti Berfokus.

Universiti Penyelidikan memberikan tumpuan kepada bidang penyelidikan, sementara Universiti Komprehensif menawarkan pelbagai kursus dan bidang pengajian, manakala Universiti Berfokus pula memberikan tumpuan kepada bidang khusus berkaitan dengan penubuhannya.

 KATEGORI UA

UNIVERSITI PENYELIDIKAN
UNIVERSITI KOMPREHENSIF
UniversitI BERFOKUS

uNIVERSITI PENYELIDIKAN

UNIVERSITI MALAYA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI KOMPREHENSIF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

UNIVERSITI BERFOKUS

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
UNIVERSITI tUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Cetak Emel