Jenis Dokumen:
PROSEDUR KUALITI OPERASI
Tajuk Dokumen:
PROSES PENGURUSAN PEMILIHAN DAN PENAWARAN BIASISWA SLAB/SLAI
No Dokumen:
KPT/BS-PKO-001

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
(KPT)

Edisi:1
Tarikh Terbitan:13/08/2010




KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
(KPT)

No Dokumen:
KPT/BS-PKO-001





EdisiKeteranganOlehDisemak OlehDilulus Oleh
1Dokumen BaruWan Mohd Nurulzaman Bin Mohd Noor on 29/06/2010Zainal Abidin Bin Abu Hassan on 13/08/2010Ybhg. Dato' Dr. Ramli Bin Hasan on 13/08/2010
2SENARAI PINDAAN DOKUMEN BIL PERKARA PERINCIAN PINDAAN 1) 2.0 & 3.4 (c) PhD dan setaraf 2) 3.2 (b) Borang permohonan SLAB/SLAI 3) 3.4 (a) Wakil JPT 4) 3.4 (a) SUB (B) 5) 3.4 (a) Urusetia: KPSU(B)S 6) 3.4 (c)(i) Umur tidak melebihi 35 tahun bagi Sarjana dan 45 tahun bagi PhD dan setaraf 7) 3.4 (c)(ii) Perkara (ii) dalam dokumen terdahulu iaitu syarat tawaran biasiswa dalam negara - telah dihapuskan 8) 3.4 (c)(ii) Umur tidak melebihi 40 tahun bagi PhD dan setaraf 9) 3.4 (c)(ii) Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris IELTS 6.5 atau setaraf bagi pengajian di negara yang menggunakan Bahasa Inggeris untuk penulisan tesis atau IELTS 6.0 atau setaraf bagi pengajian di negara yang menggunakan selain Bahasa Inggeris untuk penulisan tesis 10) 3.4 (d) Perkara (d) dalam dokumen terdahulu iaitu kelonggaran syarat penawaran biasiswa dalam negara - telah dihapuskan 11) 3.6 Perkara 3.6 dan 3.7 dalam dokumen terdahulu telah dihapuskan dan digantikan dengan perkara 3.6 dalam dokumen terkini iaitu penawaran biasiswa Wan Mohd Nurulzaman Bin Mohd Noor on 15/06/2011Zainal Abidin Bin Abu Hassan on 17/06/2011Y Bhg. Dato' Rohani Binti Abdullah on 12/08/2011
3Perubahan pada had umur bagi syarat-syarat kelayakan.Nursyazlin Bt. Nazir on 19/07/2012Zamani Bin Harun on 20/07/2012Y Bhg. Dato' Rohani Binti Abdullah on 20/07/2012
4Pindaan pada syarat-syarat tawaran biasiswa SLAB/SLAI.Nursyazlin Bt. Nazir on 23/07/2012Zamani Bin Harun on 24/07/2012Y Bhg. Dato' Rohani Binti Abdullah on 24/07/2012




Senarai Kandungan

1.OBJEKTIF
2.SKOP
3.TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN
4.LAMPIRAN



1. OBJEKTIF

Prosedur ini menyediakan garis panduan  dalam mengurus pembiayaan biasiswa Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) dan Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI).

2. SKOP

Prosedur ini digunapakai oleh warga kerja Bahagian Biasiswa bagi memproses permohonan biasiswa SLAB dan SLAI secara cekap dan berkesan. Tawaran biasiswa adalah untuk ijazah lanjutan (sarjana dan PhD atau setaraf) di dalam dan luar negara bagi pensyarah-pensyarah IPTA. SLAB hanya terbuka kepada Bumiputera sahaja manakala SLAI adalah terbuka kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera hanya di peringkat PhD atau setaraf.

3. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN

Tanggungjawab

Tindakan

 

TKSU(B)/SUB(B)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SUB(B)/KPSU(B)S

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3.1     Carta Alir

 

Carta alir prosedur menyediakan garis panduan dalam pembiayaan biasiswa Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) dan Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) seperti di Lampiran A.

 

 

 

 

 

3.2     Terima Permohonan

 

Menerima permohonan daripada universiti. Pastikan permohonan :-

 

a)   Telah diperakui oleh Jawatankuasa Cuti Belajar di peringkat IPTA.

b)   Disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :

i)      Borang perakuan universiti

ii)   Borang permohonan/e-Submission SLAB/SLAI

iii)   Surat tawaran universiti

iv)   Salinan Kad Pengenalan, surat beranak, salinan kad pengenalan ibubapa dan salinan surat beranak ibubapa yang disahkan.

v)    Salinan sijil-sijil akademik diperingkat ijazah pertama dan sarjana (bagi PhD atau setaraf) yang disahkan

vi)   Keputusan peperiksaan IELTS/TOEFL

vii) Cadangan penyelidikan bagi pengajian secara penyelidikan

viii)Keputusan kursus BTN

 

 

KPSU(B)S/PSU(B)S/PT(B)S

   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3.3     Penyemakan Senarai Nama Calon

 

Menyediakan senarai nama calon dan dokumen untuk  mesyuarat J/K SLAB/SLAI. Senarai borang dan dokumen adalah seperti berikut :

a)   Borang perakuan university

b)    Borang permohonan/e-Submission

     SLAB/SLAI

c)    Surat tawaran universiti

d)    Salinan Kad Pengenalan, surat beranak,

      salinan kad pengenalan ibubapa dan salinan

      surat beranak ibubapa yang disahkan

e)    Salinan sijil-sijil akademik diperingkat ijazah

      pertama dan sarjana (bagi PhD atau setaraf)

      yang disahkan

f)     Keputusan peperiksaan IELTS/TOEFL\

g)   Cadangan penyelidikan jika pengajian

     secara penyelidikan

h)   Keputusan kursus BTN

 

Calon-calon yang tidak mempunyai dokumen yang lengkap (seperti ketiadaan keputusan kursus BTN, IELTS dan surat tawaran) juga akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa SLAB/SLAI dengan syarat mendapat perakuan universiti.

 

 

TKSU(B)/SUB(B)/ KPSU(B)S /PSU(B)S

 

 

3.4     Mesyuarat J/K SLAB/SLAI

 

a)       Keahlian mesyuarat adalah seperti berikut:

i)    Pengerusi : TKSU(B)

ii)  Ahli : Wakil JPA

Wakil MOSTI

Wakil Kementerian Kewangan

Wakil JP IPT

SUB (BS)

iii)  Urusetia : KPSU(SLAB)

 

b)        Wakil IPTA akan membentangkan senarai nama calon untuk pertimbangan J/K SLAB/SLAI.

 

c)        Syarat-syarat penawaran biasiswa SLAB dan SLAI adalah seperti berikut :

 

i)     Syarat Umum

           Warganegara Malaysia

           Umur tidak melebihi 35 tahun bagi

      Sarjana dan 44 tahun bagi PhD atau setaraf

          CGPA ijazah pertama sekurang

       kurangnya 3.0 atau kelas kedua atas.

          Bebas daripada tindakan mahkamah

      atau tindakan tatatertib

          Tiada ikatan kontrak dengan pihak-pihak lain

          Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja

          Permohonan diperakukan oleh pihak IPTA yang menjadi majikan kepada pensyarah berkenaan.

          Mendapat tawaran melanjutkan pengajian daripada universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.

 

ii)    Syarat tawaran biasiswa dalam negara

          Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris IELTS 5.0 atau setaraf.

 

iii)   Syarat tawaran biasiswa luar negara

          Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris IELTS 6.0 atau setaraf bagi ke negara-negara yang menggunakan pengantar Bahasa Inggeris atau IELTS 5.5 atau setaraf bagi ke negara-negara yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

          Mendapat tempat di Universiti yang mempunyai ranking atau rating yang ditetapkan ( rating 5 mengikut RAE atau Highly Competetive atau Mostly Competetive mengikut Barron Profile).

          Menghadiri dengan jayanya Kursus Kenegaraan anjuran BTN.

 

d)        Kelonggaran syarat penawaran biasiswa dalam negara adalah seperti berikut :

 

i)     Calon diberikan pengecualian daripada menduduki peperiksaan Bahasa Inggeris IELTS/TOEFL dalam situasi berikut :

 

        Semasa mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama, bahasa pengantar bagi keseluruhan kursusnya menggunakan Bahasa Inggeris; atau

        Mempunyai kelayakan ijazah sarjana dari universiti luar negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar; atau

        Mempunyai kelayakan dalam bidang perubatan atau pergigian.

 

e)        Calon-calon yang tidak memenuhi syarat asas tetapi dipertimbangkan penawaran biasiswa mengikut budi bicara Jawatankuasa SLAB/SLAI.

 

PSU(B)S/PT(B)S

 

3.5    Masukkan maklumat calon yang diluluskan ke Sistem SILA.

                      

a)        Hanya maklumat calon yang memenuhi semua syarat dan diluluskan oleh J/K akan dimasukkan ke Sistem SILA manakala calon yang belum memenuhi semua syarat dan diluluskan secara bersyarat akan dimaklumkan kepada calon oleh wakil IPTA.

 

b)        Maklumat calon yang diluluskan secara bersyarat akan dimasukkan ke Sistem SILA apabila memenuhi semua syarat yang ditetapkan.

 

PSU(B)S/PT(B)S

 

 

3.6    Sediakan surat tawaran biasiswa kepada calon untuk ditandatangani.

 

 

 

a)        Sebanyak 4 salinan surat tawaran iaitu :

  Salinan 1 : Majikan pegawai

 Salinan 2 : Bendahari universiti tempat

                     pengajian (dalam negara)

Salinan 3 : Pegawai

Salinan 4 : Fail pegawai

 

PT(B)S

 

3.7     Penghantaran surat tawaran biasiswa bersama dokumen berkaitan kepada calon.

 

a)       Dokumen-dokumen yang dihantar adalah

       seperti berikut :

Surat tawaran biasiswa

Surat setuju terima

Borang laporan pemeriksaan kesihatan

Borang maklumat bank

Borang perjanjian (3 salinan)

Financial Affidavit (luar negara)

Surat permohonan visa (luar negara)

Borang pakaian panas (luar negara)

 

KPSU(B)S/PSU(B)S/PT(B)S

 

3.8     Menerima surat setuju terima dan dokumen berkaitan daripada calon. Dokumen adalah seperti berikut :

 

a)        Surat setuju terima yang lengkap (menerima

        tawaran)

b)        Borang pemeriksaan kesihatan yang

        lengkap (diperakui sihat oleh pegawai

        perubatan)

c)        Borang maklumat bank yang lengkap

       (dalam negara - CIMB)

d)        Borang pakaian panas (tidak menerima

        elaun pakaian panas dalam tempoh 3 tahun

        terbelakang)

e)        Borang perjanjian yang diisi lengkap,

        ditandatangan, saksi dan berstem bagi 3

        salinan.

 

KPSU(B)S/PSU(B)S/PT(B)S

 

 

3.9     Kemaskini maklumat Sistem SILA dan edar borang perjanjian untuk tandatangan dan sediakan arahan pembayaran elaun/panjar ke Unit Kewangan.

 

a)         Maklumat yang dikemaskini adalah :

i)    Maklumat bank

ii)  Maklumat perjanjian (slip perjanjian)

 

b)        Arahan bayaran :

i)    Jenis elaun yang layak

ii)   Salinan dokumen-dokumen yang

     berkaitan yang disahkan :

   Surat tawaran

   Surat setuju terima

   Borang pakaian panas (luar negara)

   Maklumat bank

   Kadar elaun yang layak mengikut negara

 

PT(B)S

3.10  Failkan borang perjanjian ke Fail Pelajar

 

a)        Surat tawaran biasiswa

b)        Surat setuju terima

c)        Borang laporan pemeriksaan kesihatan

d)        Borang maklumat bank

e)        Borang perjanjian (1 salinan)

f)         Borang pakaian panas (luar negara)

 

4. LAMPIRAN

./imagesdoc/343_Carta Alir SLABSLAI.doc