Jenis Dokumen:
PROSEDUR KUALITI SOKONGAN
Tajuk Dokumen:
Prosedur Pengendalian Aset Alih
No Dokumen:
KPT/KEW-PKS-002

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
(KPT)

Edisi:2
Tarikh Terbitan:14/11/2012




KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
(KPT)

No Dokumen:
KPT/KEW-PKS-002





EdisiKeteranganOlehDisemak OlehDilulus Oleh
1Dokumen BaruNolita Bt. Mohamad on 20/07/2010Shahid-din Bin Mohd. Khatib on 13/08/2010Y Bhg. Datuk Omar Bin Abd. Rahman on 13/08/2010
2Pinda maklumat Carta Alir Pengurusan Aset Alih Kerajaan di LAmpiran A.Nolita Bt. Mohamad on 14/11/2012Shahid-din Bin Mohd. Khatib on 14/11/2012Y Bhg. Datuk Omar Bin Abd. Rahman on 14/11/2012




Senarai Kandungan

1.OBJEKTIF
2.SKOP
3.TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN
4.LAMPIRAN
5.SINGKATAN



1. OBJEKTIF

Prosedur pengendalian aset alih ini bertujuan menyediakan garis panduan bagi memastikan pengurusan aset dilaksanakan oleh pegawai-pegawai aset mengikut peraturan yang terkandung di dalam Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan

2. SKOP

Prosedur ini digunapakai oleh semua pegawai dan kakitangan di KPT serta agensi di bawahnya di dalam melaksanakan pengurusan aset alih kerajaan

3. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN

Tanggungjawab

 

                              Tindakan

 

 

KPSUK (W) H

 

3.1

 

 

Carta Alir

 

Proses carta alir bagi pengurusan harta modal dan inventori seperti di Lampiran A.

 

 

 

 

 

 

 

PT (W) H

 

 

3.2

 

a)

 

 

b)

 

 

 

 

 

 

 

Penerimaan Barang

 

Menerima barangan bersama-sama dokumen sokongan   pesanan penghantaran dan inbois.

 

Memeriksa penerimaan barangan seperti berikut:-

i) menepati spesifikasi;

ii) menyemak butiran di dalam dokumen yang sah dengan aset yang diterima;

iii) memeriksa, mengukur, menimbang atau menguji aset serta-merta sebelum disahkan penerimaan; dan

iv) menyediakan Borang Laporan Penerimaan Aset Alih Kerajaan Kew.PA-1 jika terdapat kerosakan atau perselisihan.

 

KPSUK (W) H/ PSU (W) H

 

3.3

 

Kategori Aset

 

Menentukan kategori aset iaitu :-

i) Harta Modal - nilai perolehan asal RM 1,000 dan ke atas setiap satu atau aset yang memerlukan penyelenggaraan berjadual tanpa mengira nilai perolehan asal.

 

ii) Inventori – nilai perolehan asal kurang daripada RM1,000 setiap satu dan tidak memerlukan penyelenggaraan berjadual serta semua perabot, hamparan, hiasan, langsir dan pinggan mangkuk tanpa mengira nilai perolehan asal.

 

PT (W) H

 

3.4

 

a)

 

 

 

 

b)

 

Perekodan Aset

 

Merekod aset mengikut kategori di dalam kad-kad harta modal / inventori yang berkenaan :

i) Inventori – Daftar Inventori (KEW.PA-3); dan

ii) Harta Modal – Daftar Harta Modal (KEW.PA-2)

 

Mengemaskini rekod-rekod aset di dalam daftar induk mengikut kategori :

i) Inventori – Senarai Daftar Inventori (KEW.PA-5); dan

ii) Harta Modal –Senarai Daftar Harta Modal (KEW.PA-4)

 

PT (W) H

 

3.5

 

a)

 

 

b)

 

Pelabelan

 

Melabel nombor siri pada aset-aset yang telah direkod; dan

 

Kaedah pelabelan hendaklah mengikut sepertimana yang ditetapkan di dalam Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan.

 

PT (W) H

 

3.6

 

a)

 

 

b)

 

Pengagihan Aset

 

Mengagih dan menempatkan aset-aset kepada lokasi (bahagian / jabatan / individu) yang memerlukannya ; dan

 

Pegawai menerima barangan hendaklah memperakukan penerimaan barangan di dalam kad daftar yang berkenaan.

 

PSU (W) H/

PT (W) H

 

3.7

 

 

a)

 

 

 

b)

 

Penyelenggaraan Aset

 

 

Pengguna aset hendaklah menggunakan aset-aset dengan baik untuk memastikan jangka hayat aset itu panjang.

 

Sekiranya berlaku kerosakan, pengurusan penyelenggaraan aset akan dilakukan seperti di bawah:

 

i)     Bagi aset-aset yang rosak dan boleh dibaiki , perlu mengikut prosedur perolehan yang biasa;

 

ii)    Penyelenggaraan berjadual hendaklah dilaksanakan mengikut jenis-jenis aset; dan

 

iii)   Bagi aset-aset yang rosak dan tidak boleh dibaiki, perlu dibuat pelupusan mengikut seperti mana prosedur dan peraturan yang terkandung di dalam Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan.

 

      PSU (W) H/

 

PT (W) H

 

3.8

 

a)

 

 

b)

 

 

 

 

 

Pelupusan Aset

 

Semua pelupusan aset mestilah menepati prosedur di dalam Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan;

 

Mana-mana aset yang telah selesai dilupuskan hendaklah dicatat di dalam kad daftar yang berkenaan.

 

 

 

 

PSU (W) H/

 

 

PT (W) H

 

 

 

 

3.9

 

a)

 

 

b)

 

Kehilangan Aset

 

Menguruskan kehilangan aset mestilah menepati prosedur di dalam Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan;

 

Mana-mana aset yang telah mendapat kelulusan hapuskira hendaklah dicatat di dalam kad daftar yang berkenaan.

 

4. LAMPIRAN

 

 

 

 

./imagesdoc/695_Lampiran dokumen ISO(Carta Alir Aset) (2).doc

 

5. SINGKATAN

5. Singkatan

5.1 KPSUK (W) H - Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Seksyen Pengurusan Aset

5.2 PSU (W) H - Penolong Setiausaha, Seksyen Pengurusan Aset

5.3 PT (W) H - Pembantu Tadbir, Sekyen Pengurusan Aset