header 03 ms 2016

Piagam Pelanggan

  1. Mengumumkan keputusan rasmi permohonan kemasukan pelajar ke Institusi Pendidikan Tinggi seperti berikut;
    1. Hebahan Keputusan kemasukan pelajar ke Institusi Pendidikan Tinggi bagi tempoh 2 bulan (hari bekerja sahaja) selepas tarikh tutup permohonan bagi permohonan kemasukan pelajar Lepasan SPM/Setaraf bagi Program Pengajian Asasi, Diploma dan Sijil Institusi Pendidikan Tinggi.
    2. Hebahan Keputusan kemasukan pelajar ke Institusi Pendidikan Tinggi bagi tempoh 4 bulan (hari bekerja sahaja) selepas tarikh tutup permohonan bagi permohonan kemasukan pelajar Lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi, STAM & Diploma/Setaraf bagi Program Pengajian Ijazah Pertama Insitusi Pendidikan Tinggi.

  2. Mengeluarkan surat tawaran Biasiswa/ Pinjaman kepada pegawai dalam perkhidmatan dan mahasiswa dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas kelulusan pihak berkuasa melulus.

  3. Mengeluarkan kelulusan kepada Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) seperti yang berikut:
    1. Surat Kebenaran Penubuhan IPTS dalam tempoh 45 hari bekerja setelah kesemua dokumen lengkap diterima.
    2. Sijil Perakuan Pendaftaran IPTS dalam tempoh 30 hari bekerja setelah kesemua dokumen lengkap diterima (termasuk kelulusan daripada 3 agensi).
    3. Surat Kelulusan Mengendalikan Kursus Pengajian Baharu/Tambahan dalam tempoh 30 hari bekerja setelah mendapat syor MQA.
    4. Sijil Permit Mengajar dalam tempoh 5 hari bekerja setelah kesemua dokumen lengkap diterima.
    5. Surat Sokongan Permohonan Pas Penggajian Tenaga Pengajar Warga Asing dalam tempoh 5 hari bekerja setelah kesemua dokumen lengkap diterima.

  4. Pengeluaran pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baharu dibuat tidak melebihi dua puluh satu (21) hari bekerja selepas dokumen perjanjian pembiayaan yang sempurna diterima mengikut kelompok yang ditetapkan.

  5. Surat keputusan bagi permohonan akreditasi program dikeluarkan daripada pembekal pendidikan tinggi dalam tempoh tujuh (7) bulan selepas semua permohonan lengkap diterima.

  6. Mengeluarkan keputusan permohonan FRGS dalam tempoh 45 hari dari tarikh tutup permohonan.

CetakEmel