Tempoh Permohonan Upu Online Bagi Calon Lepasan SPM Dilanjutkan

Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini, saya memahami calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sukar untuk mendapatkan akses internet. Menyedari akan hal itu, Kementerian telah bersetuju untuk melanjutkan tarikh tutup permohonan kemasukan ke universiti awam (UA) melalui saluran UPUOnline dari 31 Mac 2020 kepada 7 April 2020, 11:59 malam. Manakala hari terakhir bagi calon-calon membeli nombor UNIK di BSN bagi tujuan permohonan adalah pada 6 April 2020.

Adalah dimaklumkan bahawa lanjutan ini hanya diberikan kepada pemohon lepasan SPM sahaja. Manakala tarikh tutup permohonan kemasukan UPU bagi pemohon lepasan STPM / Matrikulasi atau setaraf tiada perubahan dan masih kekal pada 7 April 2020.

Untuk sebarang informasi terkini atau pertanyaan, sila layari laman rasmi Facebook UPU di https://www.facebook.com/UPUonlineBPKPJPT/ atau tontoni Facebook Live yang diadakan setiap hari dari 23 hingga 27 Mac 2020, pada pukul 10:00 pagi dan 3:00 petang. Pegawai-pegawai kami bersedia menjawab sebarang pertanyaan semasa Facebook Live dijalankan.

DATO' DR. NORAINI BINTI AHMAD
Menteri Pengajian Tinggi
24 Mac 2020

Cetak Emel