• Utama
  • Media
  • Kenyataan Media
  • Permohonan UPUOnline Bagi Kemasukan Ke Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti & Institusi Latihan Kemahiran Awam Sesi Akademik 2020/2021

Permohonan UPUOnline Bagi Kemasukan Ke Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti & Institusi Latihan Kemahiran Awam Sesi Akademik 2020/2021

Permohonan UPUOnline Bagi Kemasukan Ke Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti & Institusi Latihan Kemahiran Awam Sesi Akademik 2020/2021

  1. Permohonan kemasukan pelajar ke 20 Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikualsi (KM), Politeknik, Kolej Komuniti dan empat (4) Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dibuka mulai 24 Februari 2020 (Isnin) mulai jam 12.00 tengah hari melalui Sistem UPUOnline di URL http://upu.moe.gov.my.
  2. Sistem UPUOnline akan ditutup pada 31 Mac 2020 (Selasa) jam 11.59 malam bagi Lepasan SPM dan 07 April 2020 (Selasa) jam 11.59 malam bagi Lepasan STPM / Setaraf.
  3. Pemohon wajib membeli Nombor Unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 24 Februari 2020 (Isnin) sebelum mengemukakan permohonan. Pembelian Nombor Unik ID di BSN akan ditutup untuk jualan pada 30 Mac 2020 (Isnin) bagi Lepasan SPM manakala 06 April 2020 (Isnin) bagi Lepasan STPM / Setaraf
  4. Pemohon Lepasan SPM/ STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ STAM boleh membuat pemilihan program pengajian selepas lima (5) hari keputusan SPM/ STPM diumumkan.
  5. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi seperti berikut:-
    Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
    Jabatan Pendidikan Tinggi
    Kementerian Pendidikan Malaysia

    Aras 4, No.2, Menara 2,
    Jalan P5/6, Presint 5,
    PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
    62200 PUTRAJAYA
    No.Tel : 03-8870 8200
    Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    Facebook : KEMASUKAN BPKPJPT
    Twitter : @TWT_UPU
    Instagram : @KEMASUKANBPKP

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
21 FEBRUARI 2020

Cetak Emel