Header Portal Rasmi
Header HOD
  • Laman Utama

Tawaran Program Professional Certificate Bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT)

Tender Perkhidmatan Menyediakan Pelan Media Publisiti dan Mempromosikan Program Kementerian Pendidikan Tinggi Di Media Baru

Logo KPT 200x150   Black

KENYATAAN TAWARAN TENDER TERBUKA

  1. Tawaran Tender adalah dipelawa kepada Syarikat/Pembekal yang sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang/Sub Kod Bidang seperti di bawah dan menggunakan sistem e-Perolehan serta eP enabled bagi menyertai tender berikut:

    No. Tender / Tajuk Tender Kod Bidang Tarikh / Masa Tutup Tender Tempat Menghantar Tender

    KPT.W(S)400-UKK/2016

    Tender Perkhidmatan Menyediakan Pelan Media Publisiti dan Mempromosikan Program Kementerian Pendidikan Tinggi Di Media Baru

    222001
    [Media elektronik (tidak termasuk kerja-kerja percetakan)]

    Tarikh Tutup
    25 Julai 2016 (Isnin)

    Masa
    12.00 tengah hari

    Kementerian Pendidikan Tinggi,
    Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset,
    Aras 12, No. 2,
    Menara 2,
    Jalan P5/6, Presint 5,
    62200 PUTRAJAYA

  2. Dokumen tender boleh disemak dengan melayari www.eperolehan.gov.my mulai 1 Julai 2016. Syarikat/Pembekal yang layak dan berminat boleh mendapatkan dokumen tender tersebut dengan memuat turun melalui sistem ePerolehan.

  3. Nombor rujukan boleh mula diperolehi pada tarikh mula iklan dengan menghubungi talian 03-8870 5356, dan 03-8870 5357 atau datang sendiri ke Kaunter Tender, Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset, Kementerian Pendidikan Tinggi, Aras 12, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya pada waktu pejabat.

  4. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan yang lengkap hendaklah dikunci masuk (key in) ke dalam sistem e-Perolehan pada atau sebelum Tarikh dan Masa Tutup Tender dan dikemukakan juga secara manual ke Tempat Menghantar Tender yang ditetapkan. Kementerian Pendidikan Tinggi tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan dokumen tender yang dihantar melalui pos.

  5. Kementerian Pendidikan Tinggi tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran harga terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender.

  6. Iklan ini juga boleh dilihat di http://myprocurement.treasury.gov.my dan www.mohe.gov.my

Tawaran Fellowship Sains Marin NAM S&T Centre

Program Fellowship Sains Marin di bawah NAM S&T Centre ditawarkan kepada Saintis Malaysia selama 3 bulan di Jerman di dalam bidang Ecology, Biogeochemistry, Modelling serta Tropical Coastal Marine Systems.

Tajuk hebahan
Fellowship Sains Marin NAM S&T Centre
Tarikh tutup permohonan
sebelum 8 Julai 2016
Maklumat lanjut
http://www.namstct.org
Permohonan Online
http://www.namstct.org
Sebarang Pertanyaan untuk dihubungi
Call center :
Phone: (+91) (11) 2464 5134 / 2464 4974
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya., Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya., Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sebut Harga Merekabentuk, Mencetak, Membekal Dan Menghantar Sijil, Folder Sijil, Folder Kursus, Folder Baldu, Folder Parlimen Dewan Negara Dan Folder Parlimen Dewan Rakyat Untuk Kementerian Pendidikan Tinggi

Logo KPT 200x150   Black

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran Sebut Harga adalah dipelawa kepada syarikat/pembekal yang sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang / Sub Kepala yang berkaitan seperti di bawah dan menggunakan sistem e-Perolehan serta eP enabled bagi menyertai Sebut harga berikut:

No. Sebut Harga / Tajuk Sebut HargaKod BidangTarikh / Masa Tutup Sebut HargaTempat Menghantar Sebut Harga

SEBUT HARGA MEREKABENTUK, MENCETAK, MEMBEKAL DAN MENGHANTAR SIJIL, FOLDER SIJIL, FOLDER KURSUS, FOLDER BALDU, FOLDER PARLIMEN DEWAN NEGARA DAN FOLDER PARLIMEN DEWAN RAKYAT UNTUK KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

221602

PERKHIDMATAN

Percetakan (Dikhas Kepada Syarikat 100% Bumiputera)strong>

Mencetak Fail, Kad Perniagaan Dan Kad Ucapan

Tarikh Tutup
30 Jun 2016
(Khamis)

Masa
12.00 Tengah hari

Tempat

Kementerian Pendidikan Tinggi,
Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset
Aras 12, No. 2,
Menara 2, Jalan P5/6,
Presint 5,
62200 Putrajaya

Kementerian Pendidikan Tinggi tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab atas penolakan sesuatu tawaran Sebut harga. Kementerian Pendidikan Tinggi juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan dokumen Sebut harga yang dikemukakan melalui pos.

Kementerian Pendidikan Tinggi TIDAK AKAN MENERIMA DOKUMEN TAWARAN YANG LEWAT.

Segala pertanyaan atau penjelasan boleh berhubung dengan pegawai-pegawai berikut :

NamaNombor Telefon PegawaiEmel
Cik Asmah Binti Omar 03-8870 5329 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Encik Danil Faizal Bin Baharuddin Amin 03-8870 5333 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Iklan ini juga boleh dilihat di www.eperolehan.gov.my dan www.mohe.gov.my mulai 23 Jun 2016

Keputusan Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah (Mesir) Bagi Bidang Pengajian Islam, Pengajian Qiraat Dan Pengajian Ulum Islamiah Bagi Sesi Kemasukan 2016/2017

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir) bagi Bidang Pengajian Islam, Pengajian Qiraat dan Pengajian Ulum Islamiah sesi kemasukan 2016/2017 boleh dibuat secara dalam talian di https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah bermula pada 21 Jun 2016 (Selasa)

  2. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi di talian 03-8870 6226/6627.

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya.

University of The Future Seminar Series: "Rethinking Teaching, Redesigning Learning"

2016 06 27 University of The Future Seminar Series Rethinking Teaching Redesigning Learning Poster

Tarikh
27 Jun 2016 (Isnin)
Masa
9.00 – 11.30 pagi
Tempat
Dewan Za’ba
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras Tanah, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5, Putrajaya

ATUR CARA
FORUM “UNIVERSITY OF THE FUTURE: RETHINKING TEACHING, REDESIGNING LEARNING”

9.00 Pagi
Ketibaan Tetamu Jemputan/VIP
9.15 Pagi
Ketibaan YB Menteri Pendidikan Tinggi
9.30 Pagi
University of the Future Seminar Series : "Rethinking Teaching, Redesigning Learning"
11.00 Pagi
Sesi Soal Jawab
11.30 Pagi
Penyerahan cenderahati oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi
Bersurai

Tawaran Guizhou Government Scholarship(GGS) For Southest Asia 2016

Kerajaan Ghuizou China menawarkan peluang kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti program biasiswa di bawah tajaan Guizhou Government Scholarship(GGS) For Southest Asia 2016 bagi peringkat Ijazah Sarjana , Sarjana dan Phd di 17 universiti di Ghuizou, China. GGS menawarkan 2 jenis biasiswa iaitu 5 biasiswa penuh dan 50 separa biasiswakepada pemohon yang berkelayakan.

Tajuk hebahan
Tawaran  Guizhou Government Scholarship(GGS) For Southest Asia 2016
Tarikh tutup permohonan
Academic Year 2016-2017
Maklumat lanjut
http://www.studyinchina.edu.cn
Maklumat am
http://www.studyinchina.edu.cn
Borang permohonan
http://www.studyinchina.edu.cn and download Guizhou Government Scholarship for Southeast Asia 2016 Application Form
Sebarang pertanyaan untuk dihubungi
  • Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • No telefon: +86- (0)851-85286933 / +86- (0)851-85285768

Semua permohonan adalah melalui online dan dibuka sebelum 25 Jun 2016.

Kenyataan Tawaran Sebut Harga Perkhidmatan Pemantauan Media dan Media Analisis

Jata Negara   200x200

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran Sebut Harga adalah dipelawa kepada syarikat/pembekal yang sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang / Sub Kepala yang berkaitan seperti di bawah dan menggunakan sistem e-Perolehan serta eP enabled bagi menyertai Sebut harga berikut:

NO. SEBUT HARGA / TAJUK SEBUT HARGA KOD BIDANG TARIKH / MASA TUTUP SEBUT HARGA TEMPAT PENGHANTARAN SEBUT HARGA

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN PEMANTAUAN MEDIA DAN MEDIA ANALISIS (MEDIA KONVENSIONAL DAN MEDIA BARU) UNTUK TEMPOH SATU (1) TAHUN

222001
ATAU
222002

Tarikh Tutup
23 Jun 2016
(Khamis)

Masa
12.00 Tengah hari

Tempat

Kementerian Pendidikan Tinggi,
Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset

Aras 12, No. 2,
Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Putrajaya

Kementerian Pendidikan Tinggi tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab atas penolakan sesuatu tawaran Sebut harga. Kementerian Pendidikan Tinggi juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan dokumen Sebut harga yang dikemukakan melalui pos.

Kementerian Pendidikan Tinggi TIDAK AKAN MENERIMA DOKUMEN TAWARAN YANG LEWAT.

Segala pertanyaan atau penjelasan boleh berhubung dengan pegawai-pegawai berikut :

Nama Nombor Telefon Pegawai Emel
Encik Mohd Khairi Bin Hasan 03-8870 6282 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Encik Danil Faizal Bin Baharuddin Amin 03-8870 5333 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Iklan ini juga boleh dilihat di www.eperolehan.gov.my dan www.mohe.gov.my mulai 15 Jun 2016

Tawaran Tender Politeknik Peralatan ICT Akademik di Mersing, Perkakasan dan Perisian ICT di Ibrahim Sultan dan Kejuruteraan Mekanikal di Banting

Logo KPT 200x150   Black

KENYATAAN TAWARAN TENDER TERBUKA

    1. Tawaran Tender adalah dipelawa kepada Syarikat/Pembekal yang sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang / Sub Kod Bidang seperti di bawah dan menggunakan sistem e-Perolehan serta eP enabled bagi menyertai tender-tender berikut:

      No. Tender / Tajuk TenderKod BidangTarikh / Tempat / Masa Taklimat & Lawatan TapakTarikh / Masa Tutup TenderTempat Menghantar Tender

      KPT.W(S)400-POL/6/2016

      Tender Bagi Membekal, Menghantar, Memasang, Mengujiguna Dan Mentauliah Peralatan ICT Akademik Ke Politeknik Mersing Johor, Kementerian Pendidikan Tinggi

      210101
      atau
      210102
      atau
      210103
      atau
      210105
      atau
      210107

      Taklimat dan lawatan tapak DIWAJIBKAN seperti berikut:

      Tarikh
      20 Jun 2016 (Isnin)

      Masa
      Pendaftaran: 11.00 pagi

      Taklimat:
      11.15 pagi - 1.00 petang

      Tempat
      Dewan Mutiara Utama
      Politeknik Mersing, Johor

      Tarikh Tutup
      13 Julai 2016
      (Rabu)

      Masa
      12.00
      tengah hari

      Kementerian Pendidikan Tinggi,
      Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset,

      Aras 12, No. 2,
      Menara 2,
      Jalan P5/6, Presint 5,
      62200 PUTRAJAYA

      KPT.W(S)400-POL/8/2016

      Tender Bagi Membekal, Menghantar, Memasang, Mengujiguna Dan Mentauliah Perkakasan Dan Perisian ICT Ke Politeknik Ibrahim Sultan, Kementerian Pendidikan Tinggi

      210101
      atau
      210103
      atau
      210108

      TIADA TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK

      Tarikh Tutup
      14 Julai 2016
      (Khamis)

      Masa
      12.00
      tengah hari

      KPT.W(S)400-POL/7/2016

      Tender Bagi Membekal, Menghantar, Memasang, Mengujilari Dan Mentauliah Peralatan Bagi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Banting Selangor, Kementerian Pendidikan Tinggi

      100101
      atau
      130101
      atau
      130102
      atau
      130201
      atau
      130202
      atau
      060501

      Taklimat dan lawatan tapak DIWAJIBKAN seperti berikut:

      Tarikh
      21 Jun 2016 (Selasa)

      Masa
      Pendaftaran: 10.30 pagi

      Taklimat:
      11.00 pagi - 1.00 petang

      Tempat
      Dewan Kuliah Utama,
      Politeknik Banting, Selangor

      Tarikh Tutup
      15 Julai 2016
      (Jumaat)

      Masa
      12.00
      tengah hari

    2. Dokumen tender boleh disemak dengan melayari www.eperolehan.gov.my mulai 16 Jun 2016. Syarikat/Pembekal yang layak dan berminat boleh mendapatkan dokumen tender tersebut dengan memuat turun melalui sistem ePerolehan.

    3. Kehadiran ke sesi taklimat adalah DIWAJIBKAN bagi tender-tender yang berkaitan. Syarikat/Pembekal yang TIDAK HADIR TAKLIMAT TIDAK DIBENARKAN MENYERTAI TENDER BERKENAAN.

    4. Nombor rujukan boleh mula diperolehi selepas taklimat tender dengan menghubungi talian 03-8870 5356, 03-8870 5354 dan 03-8870 5358 atau datang sendiri ke Kaunter Tender, Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset, Kementerian Pendidikan Tinggi, Aras 12, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya pada waktu pejabat.

    5. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan yang lengkap hendaklah dikunci masuk (key in) ke dalam sistem e-Perolehan pada atau sebelum Tarikh dan Masa Tutup Tender dan dikemukakan juga secara manual ke Tempat Menghantar Tender yang ditetapkan. Kementerian Pendidikan Tinggi tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan dokumen tender yang dihantar melalui pos.

    6. Kementerian Pendidikan Tinggi tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran harga terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender.

    7. Iklan ini juga boleh dilihat di http://myprocurement.treasury.gov.my dan www.mohe.gov.my

Iklan Kenaikan Pangkat Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi ke Gred DH48 di Kementerian Pendidikan Tinggi

Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian sedang dalam proses mengumpul maklumat Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) yang telah memangku Gred DH48 pada 1 Jun 2015 dan sebelum bagi tujuan dipertimbangkan kenaikan pangkat. Senarai nama PPPT yang sedang memangku adalah seperti di Lampiran A.

Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof. /Dr. /Tuan /Puan adalah dipohon untuk melengkapkan maklumat seperti di Lampiran B serta mengemukakan sesalinan dokumen-dokumen berikut:

  1. salinan surat penyiaran keputusan pemangkuan ke gred semasa;
  2. salinan Laporan Penilaian Prestasi Khas (LNPK);
  3. salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tahun 2015; dan
  4. perakuan Ketua Jabatan (sila rujuk Lampiran C).

Dokumen yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada pihak Kementerian selewat-lewatnya pada 11 Julai 2016 dengan menggunakan alamat berikut:

Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Tinggi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 15, No. 2
Menara 2 Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P.PUTRAJAYA
(u.p. : Unit Pengurusan Prestasi dan Naik Pangkat)

Muat turun:  pdf Surat Iklan Kenaikan Pangkat PPPT DH48 Memangku 1 Jun 2015 dan Sebelum (2.96 MB)

 

 

Status Keputusan Sebut Harga KPT.W(S)400-SH/1/2016

STATUS KEPUTUSAN SEBUT HARGA
MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUT HARGA 2016
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

BILNO. & TAJUK SEBUT HARGANAMA SYARIKATHARGA TAWARAN DENGAN GST
(RM)
TEMPOH KONTRAK

1.

KPT.W(S)400-SH/1/2016

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MEGHANTAR, MENYUSUN DAN MENYELENGGARA POKOK HIASAN HIJAU DI BANGUNAN KEMENTERIAN TINGGI, PRESINT 5, PUTRAJAYA

SERI CEMPAKA ENTERPRISE (SA0158558-K)

RM60,191.04
(Ringgit Malaysia Enam Puluh Ribu Satu ratus Sembilan Puluh Satu Dan Sen Empat Sahaja)

Satu (1) Tahun
(dari tarikh Surat Setuju Terima Ditandatangani)

Tender Terbuka Peralatan Sistem Rangkaian Kampus Politeknik Banting, Ibrahim Sultan dan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Logo KPT 200x150   Black

KENYATAAN TAWARAN TENDER TERBUKA

  1. Tawaran Tender adalah dipelawa kepada Syarikat/Pembekal yang sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang / Sub Kod Bidang seperti di bawah dan menggunakan sistem e-Perolehan serta eP enabled bagi menyertai tender-tender berikut:

    No. Tender / Tajuk TenderKod BidangTarikh / Tempat / Masa Taklimat & Lawatan TapakTarikh / Masa Tutup TenderTempat Menghantar Tender

    KPT.W(S)400-POL/3/2016

    Tender Bagi Membekal, Menghantar, Memasang, Mengujiguna Dan Mentauliah Peralatan Sistem Rangkaian Kampus, Politeknik Banting Selangor, Kementerian Pendidikan Tinggi

    210101
    atau
    210102
    atau
    210103
    atau
    210105
    atau
    210106
    atau
    210107
    atau
    210108
    atau
    210109
    atau
    210201
    atau
    210202
    atau
    210203

    Taklimat dan lawatan tapak DIWAJIBKAN seperti berikut:

    Tarikh
    6 Jun 2016 (Isnin)

    Masa
    Pendaftaran: 11.00 pagi

    Taklimat:
    11.30 pagi - 1.00 petang

    Tempat
    Dewan  Kuliah Utama,
    Politeknik Banting, Selangor

    Tarikh Tutup
    27 Jun 2016 (Isnin)

    Masa
    12.00
    tengah hari

    Kementerian Pendidikan Tinggi,
    Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset,
    Aras 12, No. 2,
    Menara 2,
    Jalan P5/6, Presint 5,
    62200 PUTRAJAYA

    KPT.W(S)400-POL/4/2016

    Tender Bagi Membekal, Menghantar, Memasang, Mengujiguna Dan Mentauliah Peralatan Sistem Rangkaian Kampus, Politeknik Ibrahim Sultan, Kementerian Pendidikan Tinggi

     210101
    atau
    210102
    atau
    210103
    atau
    210105

    Taklimat dan lawatan tapak DIWAJIBKAN seperti berikut:

    Tarikh
    7 Jun 2016 (Selasa)

    Masa
    Pendaftaran: 10.30 pagi

    Taklimat:
    11.00 pagi - 1.00 petang

    Tempat
    Dewan Kuliah Utama,
    Politeknik Ibrahim Sultan,
    Johor

    Tarikh Tutup
    28 Jun 2016 (Selasa)

    Masa
    12.00
    tengah hari

    KPT.W(S)400-POL/5/2016

    Tender Bagi Membekal, Menghantar, Memasang, Mengujiguna Dan Mentauliah Peralatan Sistem Rangkaian Kampus, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Kementerian Pendidikan Tinggi

    210102
    atau
    210105 

    Taklimat dan lawatan tapak DIWAJIBKAN seperti berikut:

    Tarikh
    8 Jun 2016 (Rabu)

    Masa
    Pendaftaran: 10.30 pagi

    Taklimat:
    11.00 pagi - 1.00 petang

    Tempat
    Dewan Kuliah Utama,
    Politeknik Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor

    Tarikh Tutup
    29 Jun 2016 (Rabu)

    Masa
    12.00
    tengah hari

  2. Dokumen tender boleh disemak dengan melayari www.eperolehan.gov.my mulai 2 Jun 2016. Syarikat/Pembekal yang layak dan berminat boleh mendapatkan dokumen tender tersebut dengan memuat turun melalui sistem ePerolehan.

  3. Kehadiran ke sesi taklimat adalah DIWAJIBKAN bagi tender-tender di atas. Syarikat / Pembekal yang TIDAK HADIR TAKLIMAT TIDAK DIBENARKAN MENYERTAI TENDER BERKENAAN.

  4. Nombor rujukan boleh mula diperolehi selepas taklimat tender dengan menghubungi talian 03-8870 5356, 03-8870 5354 dan 03-8870 5358 atau datang sendiri ke Kaunter Tender, Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset, Kementerian Pendidikan Tinggi, Aras 12, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya pada waktu pejabat.

  5. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan yang lengkap hendaklah dikunci masuk (key in) ke dalam sistem e-Perolehan pada atau sebelum Tarikh dan Masa Tutup Tender dan dikemukakan juga secara manual ke Tempat Menghantar Tender yang ditetapkan. Kementerian Pendidikan Tinggi tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan dokumen tender yang dihantar melalui pos.

  6. Kementerian Pendidikan Tinggi tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran harga terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender.

  7. Iklan ini juga boleh dilihat di http://myprocurement.treasury.gov.my dan www.mohe.gov.my

Etika Berpakaian Pelawat, Kementerian Pendidikan Tinggi

Pelawat dinasihatkan berpakaian kemas, bersih dan sesuai dengan amalan masyarakat Malaysia dan mematuhi etika berpakaian yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Amalkan berpakaian sopan seperti baju kemeja, baju T-berkolar, berkasut, berseluar panjang, berskirt panjang di bawah paras lutut terutama semasa berurusan rasmi dengan Bahagian/Jabatan di dalam kawasan kompleks.

Pelawat dilarang daripada berpakaian tidak sopan dan yang terlalu mendedahkan tubuh atau menjolok mata seperti berikut:

  • Berskirt atas paras lutut atau berseluar pendek
  • Berbaju tanpa lengan
  • Berseluar/berskirt terlalu ketat
  • Berselipar

Pelawat yang tidak mematuhi etika berpakaian boleh dilarang memasuki premis ini.

Sebut Harga Perkhidmatan Penerbitan Video Korporat Dwibahasa untuk Kementerian Pendidikan Tinggi

Jata Negara   200x200

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran Sebut Harga adalah dipelawa kepada syarikat/pembekal yang sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang / Sub Kepala yang berkaitan seperti di bawah dan menggunakan sistem e-Perolehan serta eP enabled bagi menyertai Sebut harga berikut:

NO. SEBUT HARGA / TAJUK SEBUT HARGAKOD BIDANGTARIKH / MASA TUTUP SEBUT HARGATEMPAT PENGHANTARAN SEBUT HARGA

SH/03/2016

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN PENERBITAN VIDEO KORPORAT DWIBAHASA (BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS) BERDURASI 15 HINGGA 20 MINIT UNTUK KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

221302

DAN

221304

Kesenian, Hiburan dan Pelancongan

RAKAMAN DAN AUDIO VISUAL

TARIKH TUTUP

31 Mei 2016
(Selasa)

Masa

12.00 Tengah Hari

TEMPAT

Kementerian Pendidikan Tinggi,
Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset

Aras 12, No. 2,
Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Putrajaya

Kementerian Pendidikan Tinggi tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab atas penolakan sesuatu tawaran Sebut harga. Kementerian Pendidikan Tinggi juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan dokumen Sebut harga yang dikemukakan melalui pos.

Semua pertanyaan atau penjelasan boleh berhubung dengan pegawai-pegawai berikut :

NamaNombor Telefon PegawaiEmel
Encik Mohd Khairi Bin Hasan 03-8870 6282 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Encik Danil Faizal Bin Baharuddin Amin  03-8870 5333 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Iklan ini juga boleh dilihat di www.eperolehan.gov.my dan www.mohe.gov.my mulai 16 Mei 2016

Pelantikan Naib Canselor UniMAP Baharu

Logo KPT 200x150   Black

KENYATAAN AKHBAR
PELANTIKAN YBHG. DATO’ PROFESOR DR. ZUL AZHAR BIN ZAHID JAMAL SEBAGAI NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)


Dengan sukacitanya, Kementerian Pendidikan Tinggi ingin mengumumkan pelantikan YBhg. Dato’ Profesor Dr. Zul Azhar bin Zahid Jamal sebagai Naib Canselor UniMAP, bagi tempoh tiga (3) tahun, berkuat kuasa mulai 1 Mei 2016 hingga 30 April 2019.

Dato’ Prof. Dr Zul Azhar dilahirkan di Taiping, Perak dan mendapat pendidikan menengah di Malay College, Kuala Kangsar. Beliau mempunyai kelayakan sarjana muda dan sarjana dalam bidang Fizik daripada Western Michigan University, masing-masing dalam tahun 1985 dan 1987.

Beliau kemudiannya berkhidmat di Universiti Sains Malaysia sebelum menyambung pengajian peringkat Ph.D di University of Liverpool dalam bidang Kejuruteraan Bahan dengan pengkhususan  Fabrikasi dan Pencirian Bahan Elektronik. Kemudian beliau menyambung perkhidmatan di USM sehingga UniMAP (pada waktu itu KUKUM) ditubuhkan pada tahun 2002. Di UniMAP, Dato’ Prof. Dr Zul Azhar telah dilantik sebagai Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik sehingga tahun 2006.Seterusnya beliau diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) selama 3 tahun. Pada tahun 2011, beliau telah dilantik pula sebagai  Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). Setelah mantan Naib Canselor UniMAP tamat tempoh pelantikan pada bulan Februari 2016, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar telah diamanahkan untuk menjalankan tugas-tugas Naib Canselor sehingga kini.

Pengalaman YBhg. Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar dalam bidang pentadbiran menjadikan beliau calon yang sesuai untuk memimpin UniMAP ke tahap yang lebih tinggi.

Kementerian Pendidikan Tinggi ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Brig. Jen. Datuk Profesor Emeritus Dr. Kamarudin Hussin atas khidmat bakti dan sumbangan beliau sepanjang menjawat jawatan Naib Canselor UniMAP selama 14 tahun mulai 16 Februari 2002 sehingga 10 Februari 2016. Justeru, adalah menjadi harapan Kementerian agar budaya kecemerlangan beliau diteruskan oleh Naib Canselor baharu UniMAP.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
PUTRAJAYA

10 MEI 2016

Tawaran Biasiswa Youth Of Excellence Scheme – Master Programe Chinese Government Scholarship 2016

KPT.B(S)600-7/1 Jilid 3 (11)

Assalamualaikum,

Tuan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negara China menawarkan peluang kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti program biasiswa di bawah tajaan Youth Of Excellence SchemeOf China (YES CHINA) - Master Program Chinese Government Scholarship dalam bidang Sains Kesihatan, Undang-Undang, Ekonomi dan Kewangan, Pengurusan Perniagaan, Pengajian Negara China dan Kejuruteraan bagi kemasukan akademik 2016-2017 di China.

  2. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama dan bantuan tuan untuk membuat hebahan mengenai program biasiswa tersebut di portal kementerian.

    Tajuk hebahan Tawaran Youth Of Excellence SchemeOf China (YES CHINA)-Master Program Chinese Government Scholarship 2016. 
    Tarikh tutup permohonan Academic Year 2016-2017
    Maklumat lanjut http://www.studyinchina.edu.cn
    Maklumat am http://www.studyinchina.edu.cn/static/zyjxj/index_en.jsp.
    Borang permohonan http://www.studyinchina.edu.cn/static/zyjxj/index_en.jsp.
    Sebarang pertanyaan untuk dihubungi Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  3. Semua permohonan adalah melalui online dan dibuka sehingga 31 Mei 2016.

Sekian, terima kasih.

Hanizah Binti Hamdan
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 2, No.2, Menara 2
Jalan P5/6 Presint 5
62200 Putrajaya.

Iklan Kekosongan Jawatan di Education Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Education Malaysia (EM), Kementerian Pendidikan Tinggi, seperti berikut:

  1. Pengarah Gred 52/54 (Terbuka) di EM Indonesia; dan
  2. Pengarah Gred 52/54 (Terbuka) di EM Australia

Berikut adalah syarat-syarat umum permohonan:

  1. pegawai terdiri daripada warganegara Malaysia;
  2. pegawai telah dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;
  3. mempunyai prestasi kerja di tahap 85% dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga tahun berturut-turut  (Tahun 2013, 2014 dan 2015);
  4. mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas yang dipohon;
  5. bebas daripada sebarang tindakan tatatertib; dan
  6. pegawai dan ahli keluarga (jika berkaitan) mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit berpanjangan.

Berikut adalah syarat-syarat utama:

  1.  terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 52/54 atau setaraf;
  2. pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) apabila dipinjamkan ke gred yang lebih tinggi hendaklah telah berkhidmat di gred jawatan hakiki tidak kurang daripada lima (5) tahun kecuali:
    1. memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Doktor Falsafah, tidak kurang daripada dua (2) tahun; atau
    2. memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Sarjana, tidak kurang daripada tiga (3) tahun;
  3. mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan Kerajaan dan baki perkhidmatan sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum mencapai tarikh persaraan paksa;
  4. mempunyai pengalaman dalam tugas pentadbiran, pengurusan kewangan, pengurusan aset, promosi dan pemasaran serta jaringan kolaborasi antarabangsa; dan
  5. penguasaan Bahasa Inggeris yang baik.

Keutamaan diberi kepada pemohon-pemohon berikut:

  1. mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang jenis kerja yang perlu dilaksanakan seperti pengurusan dan pentadbiran pejabat, hal ehwal pelajar, pengurusan kewangan, akaun, tugas promosi dan pemasaran serta jaringan kolaborasi antarabangsa;
  2. mempunyai perwatakan dan peribadi yang sesuai sebagai seorang Pegawai Perwakilan Luar Negeri, berdikari dan boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum; dan
  3. berkebolehan bertutur dengan fasih dan penulisan dengan baik dalam Bahasa Inggeris.

Cara Memohon

  1. semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan KPT.S.500/8/2/6 Jld. 6 [pindaan 2014] yang boleh dimuat turun melalui laman web Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu www.mohe.gov.my;
  2. permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan seperti berikut:
    1. senarai tugas pegawai terkini;
    2. satu (1) salinan maklumat peribadi (resume) yang terkini beserta pengalaman perkhidmatan mengikut susunan tarikh daripada yang terkini;
    3. satu (1) salinan Sijil/ Diploma /Ijazah yang berkaitan yang disahkan;
    4. satu (1) salinan Laporan Pengistiharan Harta yang disahkan oleh Ketua Jabatan;
    5. satu (1) salinan Buku Rekod Perkhidmatan yang lengkap (bermula perkhidmatan sehingga yang terkini);
    6. satu (1) salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (2013, 2014 dan 2015); dan
  3. semua permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen-dokumen yang diperlukan dan hendaklah disokong dan dikemukakan melalui Ketua Jabatan (covering letter) kepada:
    Ketua Setiausaha
    Kementerian Pendidikan TInggi
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
    Aras 15, No.2, Menara 2
    Jalan P5/6, Presint 5
    62200 W.P. PUTRAJAYA
    (u.p: Urusan Pengambilan EM)

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Mei 2016 (Jumaat). Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

Temu duga

Hanya calon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu duga. Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang penggilan ke temu duga dalam tempoh setahun (1) daripada tarikh tutup permohonan.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pihak Urus Setia melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berkenaan perkara ini amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Muat turun:

  1. pdf Iklan Kekosongan Jawatan di Education Malaysia (681 KB)
  2. Borang Permohonan Jawatan di Education Malaysia KPT.S.500-8/2/6 Jld.6 [pindaan 2014]

Iklan Tender Peralatan Akademik di Politeknik Mersing Johor dan Peralatan Makmal Simulasi di Politeknik Ungku Omar

 
Logo KPT 200x150   Black

KENYATAAN TAWARAN TENDER TERBUKA

  1. Tawaran Tender adalah dipelawa kepada Syarikat/Pembekal yang sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang / Sub Kod Bidang seperti di bawah dan menggunakan sistem e-Perolehan serta eP enabled bagi menyertai tender-tender berikut:

    No. Tender / Tajuk Tender Kod Bidang Tarikh / Tempat / Masa Taklimat & Lawatan Tapak Tarikh / Masa Tutup Tender Tempat Menghantar Tender

    KPT.W.(S) 400-POL/2/2016

    Tender Bagi Membekal, Menghantar, Memasang, Mengujiguna Dan Mentauliah Peralatan Akademik Jabatan Kejuruteraan Elektrik Fasa Dua Ke Politeknik Mersing Johor, Kementerian Pendidikan Tinggi

    140101
    Atau
    140501
    Atau
    140502

    Tiada Lawatan Tapak

    Tarikh tutup
    19 Mei 2016 (khamis)

    Masa
    12.00 Tengah hari

    Kementerian Pendidikan Tinggi,
    Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset,
    Aras 12, No. 2,
    Menara 2,
    Jalan P5/6, Presint 5,
    62200 PUTRAJAYA

    KPT.W.(S) 400-POL/1/2016

    Tender Bagi Membekal, Menghantar, Memasang, Mengujiguna Dan Mentauliah Peralatan Makmal Simulasi Enjin Kejuruteraan Perkapalan, Pusat Kecemerlangan Teknologi Ke Politeknik Ungku Omar, Kementerian Pendidikan Tinggi

    110604

    Taklimat dan lawatan tapak DIWAJIBKAN seperti berikut:

    Tarikh
    3 Mei 2016 (Selasa)

    Masa
    Pendaftaran: 11.00 pagi
    Taklimat: 11.30 pagi-1.00 petang

    Tempat
    Bilik Mesyuarat Baru,
    Ting. 2, Pejabat Pentadbiran,
    Politeknik Ungku Omar,
    Ipoh, Perak

    Tarikh Tutup
    23 Mei 2016 (Isnin)

    Masa
    12.00 Tengah hari

    Tarikh tutup
    23 Mei 2016 (Isnin)

    Masa
    12.00 Tengah hari

  2. Dokumen tender boleh disemak dengan melayari www.eperolehan.gov.my mulai 28 April 2016. Syarikat/Pembekal yang layak dan berminat boleh mendapatkan dokumen tender tersebut dengan memuat turun melalui sistem ePerolehan.

  3. Kehadiran ke sesi taklimat adalah DIWAJIBKAN bagi tender yang berkaitan. Syarikat / Pembekal yang TIDAK HADIR TAKLIMAT TIDAK DIBENARKAN MENYERTAI TENDER BERKENAAN.

  4. Nombor rujukan boleh mula diperolehi selepas taklimat tender / pada tarikh mula iklan (mana-mana yang berkenaan) dengan menghubungi talian 03-8870 5354, 03-8870 5356 dan 03-8870 5358 atau datang sendiri ke Kaunter Tender, Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset, Kementerian Pendidikan Tinggi, Aras 12, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya pada waktu pejabat.

  5. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan yang lengkap hendaklah dikunci masuk (key in) ke dalam sistem e-Perolehan pada atau sebelum Tarikh dan Masa Tutup Tender dan dikemukakan juga secara manual ke Tempat Menghantar Tender yang ditetapkan. Kementerian Pendidikan Tinggi tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan dokumen tender yang dihantar melalui pos.

  6. Kementerian Pendidikan Tinggi tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran harga terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender.

  7. Iklan ini juga boleh dilihat di http://myprocurement.treasury.gov.my dan www.mohe.gov.my

Tender Perkhidmatan Mereka Bentuk, Mencetak, Membungkus dan Menghantar Buku-Buku Aktiviti Kementerian Pendidikan Tinggi

Logo KPT 200x150   Black

KENYATAAN TAWARAN TENDER TERBUKA

  1. Tawaran Tender adalah dipelawa kepada Syarikat/Pembekal yang sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang / Sub Kod Bidang seperti di bawah dan menggunakan sistem e-Perolehan serta eP enabled bagi menyertai tender berikut:

    Tajuk TenderKod BidangTarikh dan MasaTutup TenderTempat Menghantar Tender

    KPT.W(S)400-PMO/2016

    Tender Perkhidmatan Mereka Bentuk, Mencetak, Membungkus Dan Menghantar Buku-Buku Aktiviti Kementerian Pendidikan Tinggi

    221601
    [Mencetak Buku, Majalah, Laporan Akhbar (Perlu lesen KDN)]

    dan

    221615
    [Rekabentuk Percetakan (Printing Design)]

    Tarikh Tutup
    12 Mei 2016
    (Khamis)

    Masa
    12.00
    tengah hari

    Kementerian Pendidikan Tinggi,
    Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset,
    Aras 12, No. 2,
    Menara 2,
    Jalan P5/6, Presint 5,
    62200 PUTRAJAYA
  2. Dokumen tender boleh disemak dengan melayari www.eperolehan.gov.my atau www.mohe.gov.my mulai 20 April 2016. Syarikat/Pembekal yang layak dan berminat boleh mendapatkan dokumen tender tersebut dengan memuat turun melalui sistem ePerolehan.

  3. Nombor rujukan boleh mula diperolehi pada tarikh mula iklan dengan menghubungi talian 03 - 8870 5354, 03 - 8870 5356 dan 03 - 8870 5358 atau datang sendiri ke Kaunter Tender, Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset, Kementerian Pendidikan Tinggi, Aras 12, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya pada waktu pejabat.

  4. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan yang lengkap hendaklah dikunci masuk (key in) ke dalam sistem e-Perolehan pada atau sebelum Tarikh dan Masa Tutup Tender dan dikemukakan juga secara manual ke Tempat Menghantar Tender yang ditetapkan. Kementerian Pendidikan Tinggi tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan dokumen tender yang dihantar melalui pos.

  5. Kementerian Pendidikan Tinggi tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran harga terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender.

  6. Iklan ini juga boleh dilihat di http://myprocurement.treasury.gov.my dan www.mohe.gov.my.



Kenyataan Tawaran Sebut Harga Pelupusan Aset Alih Kerajaan

Logo KPT

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN

  1. Tawaran adalah dipelawa dari syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset seperti berikut:

    BIL.KETERANGAN ASETKUANTITIHARGA SIMPANAN
    (RM)
    DEPOSIT SEBUT HARGA
    (RM)
    TARIKH / MASA TUTUP SEBUT HARGA
    1.

    Mitsubishi Pajero V31V
    WMJ4133

    No. Enjin: 4G64-KH9938
    No. Chasis : V31V-03460
    Tahun Dibuat : 2004
    1 15,000.00 5% daripada harga tawaran bagi setiap aset atau RM5,000 mengikut mana yang terendah

    Tarikh Tutup

    03 Mei 2016
    (Selasa)


    Masa

    12.00 tengah hari

    2.

    Bas Coaster / Hicom Perkasa MTB 170PB
    WNQ218

    No. Enjin : 4HF1875445
    No. Chasis : PML70CP2R2PB00176
    Tahun Dibuat: 2005
    1 33,000.00
  2. Taklimat Sebut Harga akan diadakan pada 26 April 2016 (Selasa) jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat BPPA, Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset, Aras 12, Kementerian Pendidikan Tinggi, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya. LAWATAN TAPAK DAN TAKLIMAT ADALAH DIWAJIBKAN.

  3. Semua pertanyaan atau penjelasan boleh berhubung dengan pegawai-pegawai berikut :

    Nama PegawaiNombor TelefonEmail
    Puan Saniah Binti Azis 03-8870 5325 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    Encik Musa Bin Mohd Hussin 03-8870 5326 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  4. Tawaran Sebut harga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebut Harga Pelupusan Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-25) yang boleh diperolehi di alamat seperti di para 5. Tawaran Sebut harga hendaklah sah bagi tempoh 90 hari.

  5. Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat berlakri dan di tanda No. Sebut harga KPT.W(S) 400 – SH/2/2016 dan dihantar melalui pos atau dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga di alamat :-

    Kementerian Pendidikan Tinggi
    Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset
    Aras 12, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
    62200 Putrajaya
  6. Tarikh tutup sebut harga ialah pada 03 Mei 2016 (Selasa) jam 12.00 tengah hari. Sebut harga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.

 SYARAT DAN PERATURAN SEBUT HARGA

  1. Aset akan dijual tertakluk kepada harga simpanan.

  2. Penyebut harga boleh menawarkan untuk satu atau kedua-dua unit kenderaan.

  3. Penyebut harga adalah dikehendaki menyertakan deposit Sebut harga sebanyak 5% daripada harga tawaran bagi setiap aset atau RM5,000 mengikut mana yang terendah. Deposit sebut harga hendaklah dalam bentuk kiriman wang / wang pos / draf bank atau Cashier’s Order sahaja atas nama Ketua Akauntan Kementerian Pendidikan Malaysia.

  4. Tawaran tanpa / kurang deposit Sebut harga tidak akan dipertimbangkan.

  5. Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis).

  6. Kementerian ini tidak bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual.

  7. Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.

  8. Pembeli yang Berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh pemberitahu keputusan. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, deposit sebut harga tidak akan dikembalikan.

  9. Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh 7 hari selepas bayaran penuh dijelaskan. Jika gagal, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan dan Kementerian berhak untuk melupuskan aset tersebut.

Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Bagi Sesi Pengajian Tahun 2016 & 2017

Tajuk : Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (Pensyarah) Sesi Pengajian Tahun 2017
Pautan : https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp
Tarikh Tamat Hebahan : 24 April 2016

Tajuk : Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Separa Biasiswa (SB) Bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (Pensyarah) Sesi Pengajian Tahun 2016
Pautan : https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp
Tarikh Tamat Hebahan : 24 April 2016

Tajuk : Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Bagi Kakitangan Bukan Akademik IPTA Sesi Pengajian Tahun 2017
Pautan : https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp
Tarikh Tamat Hebahan : 24 April 2016

Gangguan Capaian Perkhidmatan Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi

kpt

Perhatian Kepada

Semua Pengguna perkhidmatan Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi.



Tarikh/Masa Mula

14 April 2016 (KHAMIS) / 6.00 petang



Jangkaan Tarikh/Masa Tamat

14 April 2016 (KHAMIS) / 8.00 malam



Kerja-kerja/tujuan/sebab

Adalah dimaklumkan bahawa capaian ke portal rasmi Kementerian akan mengalami gangguan berikutan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual bagi pelayan portal rasmi tersebut yang akan dilaksanakan pada tarikh dan masa seperti dinyatakan di atas.



Kesan kepada pengguna yang terlibat

Sehubungan itu, sepanjang tempoh yang dinyatakan di atas, akan terdapat gangguan capaian ke atas portal rasmi tersebut.

Adalah dinasihatkan supaya semua capaian dilakukan sebelum atau selepas pada waktu yang dinyatakan.



Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui :

Khidmat Meja Bantuan Unit Pusat Data, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Tinggi.

E-mel    : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Telefon :  03 – 8870 6028 / 4857 / 6030





Pemulangan Bayaran Kepada Pelajar

Dimaklumkan bahawa, pemulangan bayaran kepada pelajar di bawah telah ditolak oleh Bank kerana Akaun Bank yang diberikan tidak aktif/telah tutup. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menghubungi pelajar-pelajar ini namun tidak berjaya.

Bil. Nama Tahun Bayaran
1 Ahmad Lokman Bin Zaimi 2011
2 Mohd Azizi Shah Bin Abu Hassan 2011
3 Intan Nursyahirah Binti Ahmad 2011
4 Puteri Norbaayah Bt Haji Mohamad 2012
5 Nurul Najwa Binti Salwana 2012
6 Wan Anis Nur Nabihah Bt Mohd Azman 2012
7 Rainey Ivan Anak Linggie 2013
8 Jhothi A/P Saravanan 2013
9 Wan Nur 'Izzah 'Amirah Binti Wan 2013
10 Roseline Ajik Anak Biling 2014
11 Dinish Kumar A/L Murugan 2014
12 Siti Nurliyana Binti Jamil 2015
13 Mohd Zaim Asyraaf Bin Mat Pua'at 2015
14 Emixle Samin 2015

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama kepada penama yang disenaraikan di atas untuk menghubungi Bahagian Akaun dengan kadar SEGERA bagi tujuan pemulangan bayaran. Pegawai yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:

  1. Pn. Ummi Najwa Binti Irawan
    No.tel: 03-8870 6178
    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  2. Cik Zuraida Binti Mohamad Noor
    No.tel: 03-8870 6167
    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  3. Pn. Nur Ayuaatika Binti Abdul Zainal
    No.tel: 03-8870 6172
    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  4. Pn. Nur Adilah Binti Abd Rahman
    No.tel: 03-8870 4403
    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kerjasama semua pihak untuk menghebahkan perkara ini amat dihargai dan didahului dengan terima kasih.

Sekian.

Disediakan oleh:
Unit Pengurusan Dana & Terimaan
Bahagian Akaun
Kementerian Pendidikan Tinggi

Kebajikan Pelajar Sentiasa Menjadi Keutamaan

Logo KPT 138x100   Black

 

KENYATAAN AKHBAR
YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI
UNIVERSITI PRIHATIN
Kebajikan Pelajar Sentiasa Menjadi Keutamaan



1.    Sepertimana ramai rakyat Malaysia, saya turut tersentuh hati apabila membaca laporan akhbar mengenai mahasiswa Universiti Awam (UA) yang menghadapi kesulitan dan isu kesihatan kerana kelaparan.

2.    Pada masa yang sama, saya cukup berbangga apabila mendapat berita bahawa pihak universiti, termasuk pensyarah dan staf, serta mahasiswa (Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Exco Pelajar Kolej, dan persatuan-persatuan pelajar) menghulurkan bantuan kepada rakan-rakan mereka yang kesempitan duit melalui pelbagai program kebajikan. Saya difahamkan bahawa kebanyakan program kebajikan telah dilaksanakan sejak dahulu lagi, dan ada juga program-program yang baru diwujudkan.

3.    Secara keseluruhannya, saya ingin mengatakan bahawa kesemua Institusi Pendidikan Tinggi Negara, daripada Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hinggalah ke Politeknik dan Kolej Komuniti, amat PRIHATIN dan KOMITED membantu meringankan beban yang dihadapi mahasiswa.

4.    Rakyat Malaysia, tidak kira bangsa atau agama, sememangnya golongan yang murah hati.

5.    Susulan daripada kenyataan saya pada 9 Januari 2016 di mana saya telah memberi syor untuk membantu mahasiswa yang kelaparan, saya telah mengadakan perjumpaan bersama beberapa Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (TNC HEPA) Universiti Awam untuk membincangkan isu ini.

6.    Kami telah membincangkan beberapa isu termasuk usaha-usaha kebajikan di peringkat Universiti Awam, masalah yang dihadapi pelajar dan sebab-sebab mengapa mereka boleh lapar sampai ke tahap sebegitu, cara untuk meningkatkan dan membantu mengesan pelajar untuk mendapatkan bantuan, peranan UA menyediakan peluang pekerjaan dalam kampus dan sebagainya.


KEBAJIKAN PERLINDUNGAN

7.    Ingin saya berkongsi di sini bahawa sepanjang tahun 2015, usaha-usaha membantu golongan mahasiswa yang memerlukan bantuan bersifat perlindungan amatlah baik sekali.

a.    Secara keseluruhannya, Tabung Kebajikan Mahasiswa seluruh Universiti Awam berjumlah sebanyak RM 15,279,291.84 dengan RM5,228,353.50 dibelanja pada tahun 2015.

b.    Seramai 31,776 mahasiswa telah menerima bantuan kebajikan termasuk bantuan kewangan untuk pelajar miskin, khairat dan lain-lain seperti pembayaran yuran pengajian, yuran hospital dan perubatan, serta bantuan kewangan disebabkan ahli keluarga yang meninggal dunia.

c.    Staf universiti menyumbang gaji mereka untuk kebajikan mahasiswa melalui pemotongan gaji atau derma kebajikan.

d.    Program-program Amal seperti Makanan Percuma, Suspended Meals dan lain-lain juga dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Kediaman dan Persatuan Pelajar.

8.    Ingin juga saya memaklumkan bahawa tabung kebajikan sedia ada di setiap UA mempunyai dana yang mencukupi untuk membantu mahasiswa dari segi kebajikan perlindungan.


KEBAJIKAN PRODUKTIF

9.        Pada masa yang sama, saya telah meminta setiap UA untuk meningkatkan usaha-usaha kebajikan produktif mereka.

10.      Kebajikan Produktif merupakan usaha melengkapkan mahasiswa dengan kemahiran yang diperlukan untuk menangani isu-isu seperti kekurangan duit. Contoh kebajikan produktif adalah Program Pembangunan Kemahiran Mahasiswa (PPKM) yang dijalankan di beberapa UA dan juga penyediaan peluang pekerjaan dalam kampus.

11.      Pada tahun 2015, seramai 6,813 mahasiswa bekerja sambilan/sementara di UA bagi membantu mereka menampung kos sara hidup, dan pada masa yang sama menimba pengalaman pekerjaan. Kerja termasuk sebagai tutor, bekerja di pejabat, pembantu makmal dan sebagainya.

12.      Teringat ketika saya belajar dulu, saya pernah bekerja di stesen pam minyak, di Dominos Pizza sebagai delivery boy, dan juga di sebuah Country Club sebagai jockey kereta. Saya bekerja untuk mendapatkan duit tambahan untuk membiayai kehidupan dan keluarga. Sememangnya, bekerja sambil belajar merupakan cabaran. Namun, dengan pengurusan masa yang baik, ianya menjadi satu pengalaman yang berharga.


PELAJAR PERLU TAMPIL KE HADAPAN

13.  Setiap UA mempunyai pangkalan data mahasiswa berkeperluan dan golongan miskin ataupun Bottom 40 (B40). UA sentiasa bersedia membantu mereka serta berusaha untuk mengesan mahasiswa yang bekeperluan.

14.  Akan tetapi, kadang kala berkemungkinan akan ada mahasiswa yang tercicir daripada radar pihak Kementerian dan UA, menyebabkan bantuan tidak kesampaian. Senario ini akan terus terjadi sekiranya mahasiswa sendiri berdiam diri ataupun malu.

15.  Oleh itu, saya ingin menyeru mahasiswa yang menghadapi kekangan kewangan untuk tampil berjumpa dengan pejabat TNC HEPA UA masing-masing agar kami dapat menyampaikan bantuan. Mahasiswa juga boleh berkomunikasi melalui pensyarah, MPP ataupun rakan-rakan yang saya yakini akan membantu. Persatuan pelajar, NGO dan orang awam juga diseru untuk menyampaikan maklumat pelajar kepada Kementerian atau pejabat TNC HEPA.

PENUTUP

16.  Dalam kenyataan ini juga, saya ingin menyeru supaya Media Massa termasuk Media Sosial agar memainkan peranan dalam membantu menyebar luaskan mekanisme kebajikan mahasiswa yang telah pun sedia wujud di setiap universiti.

17.  Saya juga ingin meminta agar isu ini tidak disensasikan dan agar tiada pihak yang mengeksploitasikan keadaan. Pastikan kesahihan fakta sebelum menyebarkannya. Mohon melapor dengan tepat dan adil.

18.  Saya yakin UA, MPP dan warga Pendidikan Tinggi berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu golongan mahasiswa yang memerlukannya. Janganlah mensensasikan isu ini sehinggakan menimbulkan persepsi negatif dikalangan Rakyat.

19.  Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua pihak yang terlibat dalam usaha menjamin kebajikan mahasiswa. Moga usaha diberkati dan diteruskan.

Sekian, terima kasih.


YB DATO’ SERI IDRIS JUSOH
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI
PUTRAJAYA

13 JANUARI 2016

Iklan Kekosongan Jawatan di Pejabat Pengurusan Program (PMO), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Logo KPT 200x200   Black

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
PENGISIAN SECARA PERTUKARAN SEMENTARA/ PEMINJAMAN

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam  Persekutuan/ Perkhidmatan Awam Negeri/ Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan bagi mengisi jawatan di Pejabat Pengurusan Program (PMO), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

BIL.JAWATAN
1 KETUA PROGRAM GRED 54 (TERBUKA), PMO, KPT
2 PENOLONG KETUA PROGRAM GRED 48 (TERBUKA), PMO, KPT
Klasifikasi
Terbuka
Gred
48/54
Kumpulan
Pengurusan dan Profesional
Taraf  Jawatan
Pertukaran Sementara/ Peminjaman
Tempoh
2 Tahun
Kaedah Pengisian
Pertukaran sementara/ peminjaman pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan/ Perkhidmatan Awam Negeri/ Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan
Insentif Tambahan
RM450 hingga RM500 (mengikut gred hakiki calon)
Penempatan
Kementerian Pendidikan Tinggi
Pejabat Pengurusan Program (PMO)
Aras 11, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
62200 PUTRAJAYA

SYARAT-SYARAT UMUM

  1. Pegawai terdiri daripada warganegara Malaysia;

  2. dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;

  3. mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan 85% dan ke atas bagi tempoh genap tiga (3) tahun berturut-turut (2013, 2014 dan 2015) dalam skim perkhidmatan terkini;

  4. bebas daripada sebarang tindakan tatatertib; dan

  5. pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) apabila dipinjamkan ke gred yang lebih tinggi hendaklah telah berkhidmat di gred jawatan hakiki tidak kurang daripada lima (5) tahun kecuali:

    1. memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Doktor Falsafah, tidak kurang daripada dua (2) tahun; atau

    2. memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Sarjana, tidak kurang daripada tiga (3) tahun.

SYARAT-SYARAT KHUSUS

  1. Ketua Program Gred 54 (Terbuka)

    1. terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 51/52 hingga Gred 53/54 atau setaraf

  2. Ketua Program Gred 48 (Terbuka)

    1. terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 43/44 hingga Gred 47/48 atau setaraf

DESKRIPSI TUGAS DI PEJABAT PENGURUSAN PROGRAM (PMO), KPT

  1. Mewujudkan kemuafakatan pintar dalam memastikan pelaksanaan program PPPM(PT) dilaksanakan mengikut jadual;

  2. Menambah baik perancangan dan pelaksanaan PPPM(PT) berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa;

  3. Menyelaras dan memantau kemajuan pelaksanaan pengajian tinggi negara melalui aktiviti penilaian, KPI dan pengesanan program;

  4. Menyediakan laporan kemajuan PPPM(PT) secara berkala;

  5. Menjadi urus setia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Teknikal PPPM(PT) dan Mesyuarat Putrajaya Higher Education Task Force (PHETF);

  6. Bekerjasama dengan agensi pusat, PEMANDU, Koridor Pembangunan, swasta dan NGO di dalam dan luar negara berkaitan kemajuan pendidikan tinggi;

  7. Menyediakan maklumat dan memberi khidmat kepakaran berkaitan pelaksanaan PPPM(PT);

  8. Mengendalikan aktiviti serantau berkaitan PPPM(PT) kepada pelbagai pihak;

  9. Melaksanakan progam kesedaran berkaitan PPPM(PT) kepada pihak yang berkaitan;

  10. Menyampaikan taklimat PPPM(PT) kepada pelawat dalam dan luar negara dari semasa ke semasa; dan

  11. Membuat penerbitan berkaitan PPPM(PT) untuk hebahan dan informasi awam.

CARA MEMOHON

  1. Calon-calon yang berminat hendaklah mengemukakan Borang Permohonan dan resume/ cv secara atas talian melalui pautan berikut:
    https://www.cognitoforms.com/PMOKPT/BORANGPERMOHONAN

  2. Tarikh tutup permohonan : 15 April 2016

  3. Calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi oleh Kementerian ini bagi sesi temuduga.

  4. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi Encik Nor Fauzan Bin Daud (03-88705212) atau Puan Darina Binti Hashim (03-88705218) di Unit Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Muat turun Iklan Kekosongan Jawatan Pengisian Secara Pertukaran Sementara/ Peminjaman di atas: pdf Iklan Jawatan Kosong di PMO, KPT (166 KB)

Aku Janji Kerajaan Persekutuan bagi menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma di Universiti Awam

AKU JANJI KERAJAAN PERSEKUTUAN:

KPT telah berjaya melaksanakan Aku Janji Kerajaan Persekutuan bagi menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma di Universiti Awam.

Aku Janji Kerajaan Persekutuan

Inisiatif 8: Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah berjaya melaksanakan Aku Janji Kerajaan Persekutuan bagi menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma di Universiti Awam. Inisiatif ini adalah hasil perjumpaan YAB Perdana Menteri dengan pemimpin-pemimpin mahasiswa Universiti pada 15 Disember 2012 berhubung keperluan pelajar-pelajar Universiti Awam (UA) untuk mempunyai akses yang baik kepada kemudahan WiFi. Inisiatif perkhidmatan Wi-Fi percuma melalui Malaysia Research and Education Network (MYREN) telah menyediakan capaian berkelajuan tinggi kepada Universiti Awam sudah pasti memberi impak positif bagi kaedah pembelajaran alternatif melalui e-learning dan cara pembelajaran lebih kreatif yang memberi faedah kepada mahasiswa dalam aspek pendidikan. Selain itu, inisiatif ini memudahkan akses mahasiswa kepada pendidikan atas talian serta perkhidmatan. Bagi tujuan memastikan kelestarian penggunaan ICT khususnya Internet, pengguna perlu menggunakan kemudahan yang disediakan secara optimum dan berhemah.

Keputusan Layak Memohon Ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi Sesi Kemasukan 2016/2017

  1. Sukacita dimaklumkan keputusan layak memohon ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi sesi kemasukan 2016/2017 boleh disemak pada 30 Mac 2016 melalui https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah

  2. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi di talian 03-8870 6226/6627.
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya.

Kenyataan Akhbar Anugerah Akademik Negara ke-10

kpt

KENYATAAN AKHBAR 

ANUGERAH AKADEMIK NEGARA KE-10


  1. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sekali lagi akan menganjurkan Anugerah Akademik Negara (AAN) di mana anugerah berprestij ini merupakan program tahunan kementerian bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada ahli-ahli akademik yang telah mencapai kejayaan cemerlang di dalam pelbagai bidang. Anugerah ini memberi pengiktirafan bukan sekadar dalam aspek pengajaran dan penyelidikan semata-mata, tetapi meliputi peranan ketiga institusi pendidikan tinggi iaitu sumbangan akademik kepada pembangunan negara dan masyarakat.

  2. Bagi memastikan anugerah ini kekal relevan dan menjadi satu-satunya anugerah paling berprestij dalam memartabatkan institusi pendidikan tinggi negara, Kementerian telah membuka pencalonan dan permohonan untuk semua kategori anugerah kepada semua universiti awam, universiti/kolej universiti swasta, politeknik dan kolej komuniti.

  3. Permohonan adalah dialu-alukan daripada calon-calon yang berwibawa dan mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam bidang masing-masing dan telah mencapai beberapa kejayaan utama sepanjang tahun tempoh penilaian iaitu bermula dari 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2015 kecuali bagi Anugerah Tokoh Akademik Negara yang berdasarkan kepada pencalonan oleh IPT berdasarkan pencapaian dan sumbangan kumulatif semasa calon, anugerah serta pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat (lifelong achievement).

  4. Terdapat tujuh (7) kategori anugerah yang dibuka untuk permohonan dan pencalonan iaitu:-

  5. i.          Anugerah Tokoh Akademik Negara;

    ii.         Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal;

    iii.        Anugerah Penerbitan Buku;

    iv.        Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk;

    v.         Anugerah Seni dan Kreativiti;

    vi.        Anugerah Pengajaran; dan

    vii.       Anugerah Ahli Akademik Harapan.

  6. Pencalonan yang berjaya untuk Anugerah Tokoh Akademik Negara akan menerima hadiah wang t