Header Portal Rasmi
Header HOD

Bantuan Kewangan Asasi

OBJEKTIF
  • Program bantuan kewangan untuk program bertaraf asasi diwujudkan di Kementerian Pendidikan Tinggi berikutan pemindahan tanggungjawab dari Kementerian Pelajaran Malaysia setelah Kementerian Pendidikan Tinggi diwujudkan. Program bantuan kewangan ini mula ditawarkan bermula sesi pengambilan pelajar 2005/2006.
  • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk semua pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi tanpa mengira taraf pendapatan.
  • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya adalah layak memohon.
GOLONGAN SASARAN Pelajar-pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di IPTA.
PERINGKAT PENGAJIAN Asasi
TEMPAT PENGAJIAN
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Malaya Kuala Lumpur/Universiti Malaya Nilam Puri
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
IKATAN PERJANJIAN
  • Pelajar dikehendaki menandatangi perjanjian dengan seorang penjamin.
  • Tiada bayaran balik dikenakan tetapi pelajar perlu mengganti balik wang bantuan yang telah diberikan sekiranya gagal pengikuti program pengajian dengan jayanya.
SYARAT
  1. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia.
  2. Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk semua pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi tanpa mengira taraf pendapatan.
  3. Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya.
  4. Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.
PERMOHONAN / PERTANYAAN Tawaran kepada pelajar baharu dibuat secara automatik berdasarkan tawaran yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pendidikan Tinggi

Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman sesawang KPT dalam tempoh tawaran kemasukan dikeluarkan.

Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran yang mengandungi perkara berikut :
  1. Surat tawaran
  2. Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi)
  3. Borang penyata kewangan penjamin
  4. Panduan mengisi borang perjanjian
  5. Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran
  6. Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir IPTA masing-masing pada setiap semester
Pemohonan perlu dihantar melalui IPTA masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Skim Latihan Akademik IPTA 
Bahagian Biasiswa 
Kementerian Pendidikan Tinggi, 
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 
62200 Putrajaya

Talian Utama : 03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839

CetakEmel