Header01 BM

Laman Utama

Tabung Pinjaman Pelajaran

OBJEKTIF
  • Tabung Pinjaman Pelajaran Kementerian Pengajian Tinggi merupakan satu Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Kewangan 1957.
  • Pinjaman ini diberikan kepada pelajar kolej komuniti sebagai langkah untuk membantu pelajar melanjutkan pengajian di peringkat separa profesional yang akan dapat meningkatkan kemahiran hidup mereka dan seterusnya memberi peluang kepada mereka menceburi bidang ekonomi dengan lebih berkesan.
GOLONGAN SASARAN Pelajar Kolej Komuniti di peringkat sijil dan diploma
PERINGKAT PENGAJIAN Sijil
TEMPAT PENGAJIAN Kolej Komuniti
SYARAT
  1. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  2. TPP diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil);
  3. Pelajar disyaratkan menandatangai perjanjian tetapi tiada syarat kontrak berkhidmat dengan kerajaan;
  4. Pelajar perlu mengemukakan seorang penjamin;
  5. Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja yang lain; dan
  6. Pelajar perlu membayar balik pinjaman selepas 6 bulan tamat belajar.
PERMOHONAN / PERTANYAAN Pelajar baru atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa 
Kementerian Pendidikan Tinggi, 
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 
62200 Putrajaya

Talian Utama : 03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839

CetakEmel