• Utama
  • Malaysian Research & Education Network (MYREN)

Malaysian Research & Education Network (MYREN-X)

myren logo

Malaysian Research and Education Network (MYREN) telah dilancarkan pada Mac 2005 dan kini berada di bawah tadbir urus Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi). MYREN merupakan rangkaian berkelajuan tinggi khusus untuk memperluaskan sektor penyelidikan dan pendidikan di Malaysia. Projek ini menyokong hasrat negara untuk membangunkan masyarakat progresif berasaskan kemajuan sains dan teknologi.

globe 4

Perkhidmatan MYREN telah diperluaskan kepada 150 agensi yang merangkumi semua universiti awam, politeknik dan kolej komuniti serta beberapa universiti swasta dan hospital pengajar. MYREN menghubungkan lebih 800 ribu pengguna meliputi penyelidik, ahli akademik dan pelajar di seluruh Malaysia yang membolehkan mereka saling bekerjasama dalam menjalankan aktiviti penyelidikan dan pendidikan di seluruh negara. KPM(PT) sentiasa berusaha untuk menarik minat institusi penyelidikan, universiti swasta dan kolej di Malaysia untuk menggunakan perkhidmatan rangkaian yang disediakan.

MYREN dihubungkan dengan Rangkaian Penyelidikan dan Pendidikan Kebangsaan (NREN) negara-negara di seluruh dunia melalui talian Trans-Eurasia Information Network (TEIN) sejak 2006. TEIN merupakan gerbang kerjasama global yang menghubungkan lebih 50 juta pengguna, 8,000 pusat penyelidikan dan akademik daripada negara-negara seluruh dunia yang meliputi negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

network graph
bajet2017 logo

Selaras dengan ucapan Bajet 2017, Kerajaan melalui KPM(PT) melancarkan MYREN-X untuk meningkatkan infrastruktur lebar jalur MYREN di universiti awam dengan kapasiti sehingga 100 Gigabit sesaat. Inisiatif MYREN-X yang dilancarkan hari ini akan melengkapkan infrastruktur siber negara khusus bagi menyokong Lonjakan ke-7 (Ekosistem Inovasi) dan Lonjakan ke-9 (Pembelajaran dalam Talian Tahap Global) di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Perkakasan, perisian, capaian internet dan sumber-sumber MYREN-X telah dirangka untuk menyokong tranformasi berterusan dalam aktiviti akademik khususnya untuk inovasi pembangunan penyelidikan dan pendidikan.

Maklumat lanjut berkaitan MYREN, sila layari pautan berikut: https://myrennetwork.com/

Muat turun pdf Teks Ucapan Majlis Pelancaran Infrastruktur Siber MYREN-X (311 KB)

Cetak Emel