Pelajar

Pelajar Tempatan

Memohon Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) atau lebih dikenali dengan Unit Pusat Universiti (UPU) yang ditubuhkan sejak awal tahun 1970-an berperanan untuk mengurus dan menyelaras kemasukan pelajar ke Program Ijazah Pertama, Asasi, Diploma dan Sijil bagi Pelajar Lepasan STPM/ Setaraf dan SPM/ Setaraf ke Universiti Awam (UA), Politeknik Premier / Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Panduan Kemasukan ke Universiti Awam (UA) / Politeknik Premier
Maklumat berkaitan institusi pengajian, senarai program pengajian yang ditawarkan, syarat khas program mengikut taraf kelayakan SPM/Setaraf atau STPM/Setaraf.

Panduan Kemasukan ke Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA
Maklumat berkaitan institusi pengajian, senarai program pengajian yang ditawarkan, syarat khas program mengikut taraf kelayakan SPM/Setaraf.

Maklumat Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Maklumat berkaitan senarai semak penubuhan / pendaftaran IPTS, senarai daftar dan statistik IPTS, Pindaan Akta 555, Garis Panduan dan Pekeliling IPTS.

Menyemak Pengiktirafan Kelayakan MQA
Maklumat berkaitan pengiktirafan kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Pelajar Antarabangsa

Education Malaysia Global Services (EMGS)
Kepelbagaian sistem pendidikan Malaysia menyediakan pilihan fleksibel untuk akses kepada sistem pendidikan yang terkenal di peringkat antarabangsa dan memberikan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Belajar di Malaysia
Belajar di luar negara boleh menjadi salah satu pengalaman yang paling bermanfaat untuk pelajar. Untuk belajar di Malaysia, anda perlu memohon untuk masuk ke institusi serta VISA daripada kerajaan Malaysia. Ikuti lima (5) langkah mudah untuk belajar di Malaysia.

Pengesahan Sijil Antarabangsa
Maklumat berkaitan pengesahan Sijil dan Transkrip Akademik bagi kemasukan ke IPTA atau IPTS di Malaysia
Kandungan ini hanya terdapat dalam Bahasa Inggeris sahaja.

Pelajar Malaysia di Luar Negara

Belajar di Luar Negara
Maklumat persediaan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN)
Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) / No Objection Certificate (NOC) merupakan salah satu syarat yang dikenakan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dan mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan di IPT luar negara.

Surat Tiada Halangan
Surat Tiada Halangan (STH) / Clearance Letter (CL) adalah bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dan mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan di IPT luar negara tetapi masih belum menerima surat tawaran atau belum mendapat tempat di IPT tersebut.

Direktori Education Malaysia Luar Negara
Rujukan maklumat perhubungan Pejabat Education Malaysia (EM) di luar negara.