Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL)

APEL adalah Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. Ia dedifinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu. 

APEL memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Secara umumnya, penilaian APEL melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.

Buat masa ini, APEL di Malaysia hanya untuk tujuan kemasukan ke IPT sahaja. Sehingga kini penilaian APEL telah dibuka untuk empat (4) peringkat kemasukan iaitu:

  1. Kemasukan ke program Sijil (APEL T-3);
  2. Kemasukan ke program DIploma (APEL T-4);
  3. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6); dan
  4. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7)

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: http://www2.mqa.gov.my/APEL/

Cetak Emel