Program Kebolehpasaran Graduan

Bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan khususnya graduan daripada Universiti Awam (UA), Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi telah melaksanakan program intervensi kebolehpasaran graduan (Graduate Employability; GE).

Program Intervensi GE menyediakan program bagi meningkatkan nilai tambah graduan daripada aspek kelayakan profesional, keterampilan diri dan sahsiah bagi membantu pelajar-pelajar memperoleh pekerjaan dan relevan dengan keperluan majikan dalam pelbagai sektor. Program ini memberi tumpuan kepada pelajar semester/tahun akhir yang mempunyai Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.30 dan ke bawah serta pelajar daripada bidang pengajian yang kurang mendapat permintaan daripada industri.

Maklumat berkaitan pengurusan dana GE boleh dicapai melalui pautan seperti berikut:

  1. pdf Carta Alir Pengurusan Dana GE (460 KB)
  2. pdf Tugas dan Tanggungjawab Pegawai Fokal dan Ketua Penyelaras Program (86 KB)
  3. pdf Soalan Lazim Program GE (162 KB)

Cetak Emel