Kajian Pengesanan Graduan

Kajian Pengesanan Graduan merupakan satu soal selidik yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi terhadap graduan institusi pengajian tinggi negara bersempena dengan musim konvokesyen IPT masing-masing bagi mengetahui status pekerjaan graduan serta mendapatkan maklum balas tentang pelbagai aspek berkaitan IPT.

Kajian ini bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan bagaimana para graduan membangunkan kerjaya mereka dalam jangka masa yang panjang. Maklumat ini sangat penting kepada institusi pengajian anda dan kementerian amnya dalam merancang pembangunan modal insan negara.

Kaji selidik ini terbuka kepada semua graduan institusi pengajian tinggi negara yang berkonvokesyen sejak tahun 2006 dan mempunyai data dalam pangkalan data kementerian. Bagi graduan yang berkonvokesyen pada tahun semasa, pengemaskinian status pekerjaan boleh dibuat sebulan selepas tarikh konvokesyen. 

Maklumat lanjut berkaitan kajian ini, sila layari pautan berikut.

CetakEmel