Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dengan Kemudahan Cuti Belajar bagi PPPT

  1. Kemudahan Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG)
  2. Kemudahan Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG)
  3. Kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBPTB)
OBJEKTIF Program ini merupakan program yang menaja pegawai-pegawai Skim Perkhidmatan Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Gred 41 dan ke atas bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah lanjutan sama ada dengan kemudahan cuti belajar bergaji penuh untuk pengajian di dalam / luar Negara.

Bidang-bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dikeluarkan oleh Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik.

Objektif program adalah seperti berikut:
  • Meningkatkan kualiti tenaga pengajar politeknik dan kolej komuniti.
  • Memperkasa pengajian tinggi dengan 30% pensyarah di politeknik dan kolej komuniti memiliki kelayakan sarjana dan PhD pada tahun 2020.
  • Sebagai salah satu strategi untuk memperkasakan pengajian tinggi negara bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi serantau.
  • Untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pendidikan di politeknik dan kolej komuniti melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.
GOLONGAN SASARAN Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Tinggi
PERINGKAT PENGAJIAN
  • Ph.D
  • Sarjana
TEMPAT PENGAJIAN Pengajian Sepenuh Masa:
  • 20 Universiti Awam
  • UTP
  • MMU
  • UNITEN
  • Universiti luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan
IKATAN PERJANJIAN Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian.
SYARAT UMUM SYARAT UMUM

Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti kursus ijazah lanjutan hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. Pegawai juga hendaklah mempunyai kelayakan ijazah pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.

SYARAT KHUSUS SYARAT KHUSUS
  1. Berumur tidak lebih daripada 45 tahun untuk peringkat pengajian Sarjana dan 43 tahun bagi peringkat Ph.D;
  2. Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
  3. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun dalam skim PPPT (gred 41 dan ke atas) pada tarikh tutup permohonan;
  4. Mencapai Gred A dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (purata minimum 85 markah) bagi tempoh 3 tahun genap perkhidmatan (penilaian LNPT genap 12 bulan) berturut-turut;
  5. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan (pencapaian CGPA minimum 2.5) bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ijazah Sarjana bagi pengajian peringkat PhD;
  6. Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan;
  7. Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/pendek sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 (jika berkenaan);
  8. Mematuhi syarat yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar Kepada Penjawat Awam seperti berikut:
    • Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar melebihi 12 bulan di dalam atau di luar Negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau di luar Negara selepas genap 2 tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya;
    • Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar kurang daripada 12 bulan tetapi melebihi 3 bulandi dalam atau di luar Negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau di luar Negara selepas genap 1 tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya.
  9. Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun kebelakang mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa;
  10. Bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  11. Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal).
Syarat Tambahan Bagi Permohonan Pengajian di Luar Negara:

(boleh diduduki selepas calon berjaya ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan oleh Kementerian ini) :
  1. Mendapat tawaran tempat pengajian dan diterima masuk ke universiti yang mempunyai ranking atau rating yang ditetapkan;
  2. Mempunyai kemahiran Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris sama adaTOEFL 600 (paper based) atau 240 (computer-based) atau 92 (internet-based); atau IELTS sekurang-kurangnya lulus band 6.5.
  3. Lulus Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara
PEMILIHAN
  • Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
  • Pemilihan muktamad akan diputuskan oleh Jawatankuasa Biasiswa, KPT.
PERMOHONAN / PERTANYAAN Hebahan permohonan adalah melalui Portal KPT dan permohonan adalah secara atas talian.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa 
Kementerian Pendidikan Tinggi, 
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 
62200 Putrajaya

Talian Utama : 03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839

CetakEmel