Postgraduate Diploma in Enterprenuership

OBJEKTIF Program Diploma Keusahawanan Pasca-Siswazah ini merupakan pengajian secara separuh masa di Cambridge Judge Business School, United Kingdom yang menjurus kepada perkongsian pengalaman keusahawanan, pembinaan budaya dan kemahiran keusahawanan, mempergunakan inovasi keusahawanan, membangunkan dan mengembangkan sektor industri baru serta membina rangkaian kerjasama global.
GOLONGAN SASARAN Pensyarah IPTA/Politeknik/Kolej Komuniti
PERINGKAT PENGAJIAN Diploma Pasca Siswazah (Keusahawanan)
TEMPAT PENGAJIAN Judge Business School, University of Cambridge, U.K dengan kerjasama IPTA
IKATAN PERJANJIAN Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian.

Kementerian berhak menarik balik penajaan serta mengenakan tuntutan gantirugi ke atas calon sekiranya:
  • calon diberhentikan oleh pihak JBS, University of Cambridge kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang digariskan oleh syarat program dan pihak JBS; dan
  • calon menarik diri dalam tempoh tajaan tanpa kebenaran.
SYARAT
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak lebih 50 tahun;
  3. Calon merupakan tenaga akademik dalam bidang keusahawanan di IPTA/Politeknik/Kolej Komuniti;
  4. Telah disahkan dalam jawatan;
  5. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang terkemuka/diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA sekurang-kurangnya Kelas Dua Atas atau setaraf dengannya;
  6. Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris IELTS 7.0 dengan band minima 6.0 bagi setiap komponen atau TOEFL (100 internet based); dan
  7. Menyediakan satu rangka kerja projek keusahawanan.
PERMOHONAN / PERTANYAAN Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Skim Latihan Akademik IPTA
Bahagian Biasiswa 
Kementerian Pendidikan Tinggi, 
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya

Talian Utama : 03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839

CetakEmel