header 03 ms 2016

Sub Kepakaran / Post Doktoral

OBJEKTIF Menyediakan biasiswa kepada pensyarah-pensyarah di IPTA melanjutkan pengajian di peringkat Sub-Kepakaran Perubatan dan Pasca Kedoktoran di dalam dan luar Negara bagi:
  • Meningkatkan mutu pengajaran dan pendidikan di IPTA melalui latihan berterusan dalam pelbagai kepakaran bagi seseorang pensyarah
  • Menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia ada yang dijalankan oleh IPTA
  • Menggalakan seseorang pensyarah mempunyai 2 bidang kepakaran yang berlainan dalam memantapkan pembangunan modal insan.
GOLONGAN SASARAN Pensyarah yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas dianugerahkan PhD atau Sarjana Kepakaran dan tidak pernah mengikuti pengajian peringkat Pasca Kedoktoran/Sub-Kepakaran
PERINGKAT PENGAJIAN
  • Sub Kepakaran
  • Pasca kedoktoran
TEMPAT PENGAJIAN Semua universiti dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan.
IKATAN PERANJIAN Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian.
SYARAT
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Telah disahkan dalam jawatan;
  3. Bebas daripada tindakan tatatertib;
  4. Berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas dianugerahkan PhD atau Sarjana Kepakaran;
  5. Diperakukan oleh pihak majikan;
  6. Tempoh kursus tidak melebihi 2 tahun;
  7. Lulus dengan jayanya Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara; dan IELTS/TOEFL dikecualikan .
PERMOHONAN / PERTANYAAN Anda boleh mengemukakan permohonan melalui pegawai biasiswa / pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Skim Latihan Akademik IPTA
Bahagian Biasiswa 
Kementerian Pendidikan Tinggi, 
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 
62200 Putrajaya

Talian Utama : 03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839

CetakEmel