header 03 ms 2016

MyBrainSC

OBJEKTIF
  • Memastikan bilangan tenaga pengajar di IPTA dalam bidang sains tulen mencukupi.
  • Menggalakkan pelajar-pelajar cemerlang untuk menceburi bidang sains tulen.
  • Menghasilkan rakyat yang dianggap pakar dan layak dianugerahkan penghargaan tertinggi seperti Nobel Laureate bagi mencapai dasar pengajian tinggi negara bertaraf dunia.
  • Menjadikan Malaysia sebuah negara yang berasaskan sains dan inovasi serta menyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.
GOLONGAN SASARAN Terbuka kepada warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama dan pasca ijazah sepenuh masa dalam bidang sains tulen (fizik, kimia, matematik dan biologi) di IPTA atau universiti terkemuka dunia atau bertaraf ivy league.

PERINGKAT PENGAJIAN
  • PhD
  • Sarjana
  • Ijazah Pertama
TEMPAT PENGAJIAN
  • Semua UA
  • Universiti terkemuka dunia dalam bidang sains hayat (biologi dan kimia) dan sains fizikal (fizik dan matematik)
IKATAN PERJANJIAN
  • Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian.
  • Kementerian berhak menarik balik penajaan serta mengenakan tuntutan gantirugi ke atas calon sekiranya;
  • Calon diberhentikan oleh pihak IPT kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang digariskan oleh syarat program dan perjanjian ini; dan
  • Calon menarik diri dalam tempoh tajaan tanpa kebenaran.
SYARAT PERINGKAT PhD Peringkat PhD
  1. Calon adalah warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh memohon;
  3. Calon mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;
  4. Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia untuk melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
  5. Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam/swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
  6. Calon yang mengikuti pengajian di peringkat sarjana secara penyelidikan akan diberi keutamaan dan calon yang berada di semester akhir di peringkat Sarjana juga layak memohon; dan
  7. Calon sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang disenaraikan melalui portal permohonan.
SYARAT PERINGKAT SARJANA Peringkat Sarjana
  1. Calon adalah warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh memohon;
  3. Calon mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 atau Kelas Pertama bagi program yang tidak menggunakan PNGK;
  4. Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia untuk melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini.
  5. Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam/swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
  6. Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang sains tulen juga layak memohon;
  7. Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
  8. Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang disenaraikan melalui portal permohonan.
SYARAT PERINGKAT IJAZAH PERTAMA Peringkat Ijazah Pertama
  1. Calon adalah warganegara Malaysia;
  2. Umur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh memohon;
  3. Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.6 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, 1800/2400 dalam SAT, 40/45 dalam International Baccalaureate (IB) dan 4 A dalam A Level;
  4. Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma/SAT/IB/A Level juga layak memohon; dan
  5. Pelajar belum lagi menerima sebarang biasiswa / tajaan / ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.
PERMOHONAN / PERTANYAAN Hebahan permohonan adalah melalui Portal KPT dan permohonan adalah secara atas talian.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Skim Latihan Akademik IPTA
Bahagian Biasiswa 
Kementerian Pendidikan Tinggi, 
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 
62200 Putrajaya

Talian Utama : 03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839

CetakEmel