header 03 ms 2016

Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti

OBJEKTIF Bantuan kewangan diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isirumah tidak melebihi RM1500 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isirumah.
GOLONGAN SASARAN Pelajar Kolej Komuniti yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM1,500.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah.
PERINGKAT PENGAJIAN Sijil
TEMPAT PENGAJIAN Kolej Komuniti
SYARAT
  1. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  2. BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil) ;
  3. Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah
  4. Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin)
  5. Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  6. Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.
PERMOHONAN / PERTANYAAN Pelajar baharu atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa 
Kementerian Pendidikan Tinggi, 
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 
62200 Putrajaya

Talian Utama : 03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839

CetakEmel